makluman kepada semua

kepada sesiapa yang ada maklumat tentang pemain-pemain bolasepak dalam negara, sila hantar kepada kami di malayankicko@gmail.com
tidak kiralah gosip, perangai pemain atau apa sahaja. kerjasama anda dihargai.

Tuesday, April 26, 2011

liga super vs liga slovakia

MK dah lama nk beri pendapat tentang dua liga ini. pastinya apa yang MK nk cakap di sini pastinya ada kaitan dengan HARIMAU MUDA. persoalannya di sini prestasi harimau muda di slovakia adalah sama dengan prestasi di liga super. kita lihat di sana mereka berada di tengah liga dan di sini juga adalah sama. ini yang membuatkan MK berasa kecewa kerana apa yang digambarkan kepada kita adalah liga yang mereka sertai tarafnya lebih tinggi. jika dilihat di sana, mereka ade banyak menjaringkan gol, tapi disini kalah dan kalah dan kalah dan kalah kemudian barulah menang sekali. alasan ong kim swee sama sahaja. MK bukan apa, MK cuma harap janganlah ilmu di slovakia itu sebenarnya satu pembaziran.
berbalik kepada ong kim swee. beliau jauh berbeza dengan rajagobal dan b sathianatha. ok sathia kalau kalah abes die tengking anak buahnya, geram punyer pasal fam pon sekali die hambur. pastu muncul balik nk jd jurulatih liga super alasan mau cari makan katanya. sekarang apa jadi?
tapi ong kim swee plak?? bila kalah contoh ayat beliau " pasukan selangor sudah bersama dalam tempoh yang lama, sedangkan kami baru berapa bulan".. yeke?????? bukan ke dah jauh merantau? bila kalah lagi alasan lebih kurang.
TAPI!!!! K. rajagobal MK iktiraf sebagai jurulatih terbiak. rendah diri.. penyayang.. beliau juga bersikap menyalahkan diri sendiri dan memhon maaf sekiranya pasukan bimbingan beliau gagal. itu lah kunci kejayaan beliau. kita lihat dari wajahnya di aff cup 2010 ketika malaysia dibelasah indon 5-1, beliau memohon maaf.. beliau xsalahkan sesiapa. beliau juga akui kelemahan dan bukan sembunyikan kelemahan seperti ong kim swee. dan akhirnya.. najib umumkan cuti umum sempena kejuaraan aff cup. apa yang MK nak jelaskan di sini adalah sikap jurulatih.. contohilah rajagobal. dia bagi malaysia emas sukan sea.. dia bagi lagi bonus piala aff cup. dan die bagi jugak cuti umum kepada rakyat malaysia.

perlawanan penting pada malam ini 26 april 2011

perlawanan penting hari ini sudah pastinya bertumpu kepada selangor menentang kelantan. perlawanan ini amat penting kerana kelantan akan bermatian di gelanggang sendiri manakala selangor pula ingin mengekalkan kedudukan teratas liga. apa yang menariknya di sini, selangor pastinya akan bermain dlm keadaan yang bolek MK katakan luar biasa kerana pada perlwanan sebelum ini kita dapat lihat bahawa selangor hanya memenangi setiap perlawanan dengan jaringan yang tipis.
apa yang menyebabkan selangor hanya peroleh kemenangan tipis adalah sikap selamber majoriti pemain mereka. memang diakui, untuk bermain dengan selangor pasukan lawan perlu kan kelajuan ini kerana pemain2 tengah selangor apabila mereka nmpk di depan mereka ade ruang kosong, mereka tidak takut untuk mengawal bola ke kawasan lawan dan buat hantaran hanya jika terdapat pemain lawan datang ke arah mereka. apa yang dilihat penyerang selangor setelah mendapat peluang untuk melepaskan rembatan, mereka ibarat mencuba untuk merembat dan bukannya serius dalam usaha menghasilkan gol. ini yang menyebabkan pasukan selangor hanya dapat jaringkan gol tipis untuk menang.
berbeza dengan pasukan kelantan, mereka boleh dikatakan serba lengkap tapi prestasi mereka sebenarnya turun naik. sekiranya mereka bermatian , maka mereka akan menang selesa. tapi ada hari yang mereka hilang fokus, mereka pasti gagal. penyerang berbahaya, norshahrul idlan sememangnya pantas apatah lagi dengan ketiadaan safee sali , dia ibarat kurang menerima cabaran. begitu juga dengan s. chanturu yang laju melarikan bola untuk membuka peluang kelantan jaringkan gol pada malam ini.
ok sekarang MK nak bercakap tentang sikap pengulas astro arena. sebenarnya semakin dibiar, mereka semakin melampau. apa yang MK pasti sikap mereka ini terlalu mencari kesalahan pasukan yang bermain. tidak perlu MK ungkapkan nama tersebut tapi itu jelas sebenarnya. ketika selangor menentang sabah, pengulas tidak segan silu melahirkan kekecewaan nya terhadap selangor. kerana mutu permainan kononnya tidak memuaskan. jangalah bersikap seperti jurulatih. buatlah kerja anda sebagai pengulas. dan yang peliknya hanya selangor yang kene. apaguna selangor bermain cantik tapi sabah sebaliknya??? ianya akan jadi lebih membosankan. kerana hanya selangor yang menguasai permainan. sampai masa, pasti selangor akan memperlahankan corak permainan juga setelah melihat lawan perlahan dan perlahan. sepatutnya tugas pengulas mencari perkara2 positif agar peminat ke stadium. bukan cari salah sahaja. MK tidak pasti sama ada sebenarnya pengulas tersebut penyokong selangor.
apapun perlawanan malam ini diharapkan tidak adalah perkara yang sama berulang oleh pengulas. rindu nak dengar datuk haji hasbulllah awang yg buat ulasan kerana sememangnya beliau yang terbaik.

Tuesday, December 28, 2010

NYAWA PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA DALAM BAHAYA. FAM WAJIB DESAK UBAH LOKASI.


tengok gambar kat atas ni. penyokong indon laser mengamuk semalam pasal tak dapat tiket bola untuk menyaksikan perlawanan akhir timbal balik rabu ni..

sekarang keadaan makin haru biru.

aku bimbang akan nyawa pemain bolasepak malaysia. kalau stadium ni dorang boleh panjat dan rempuh lalu masuk padang, apa jaminan pemain-pemain malaysia tidak diapa-apa kan ?

FAM TOLONG GUNA OTAK. DESAK AFF DAN FIFA ADAKAN PERLAWAN DI STADIUM NEGARA LAIN, CONTOH SINGAPURA.

apa FAM lupa ke insiden di hongkong tidak lama dulu. penyokong nepal mengganas dan belasah semua player malaysia atas padang ?? siap ada player malaysia yang kena libas dengan tali pinggang penyokong.

SEINGAT AKU LAH, COACH WAKTU ITU HATEM SOUSSI.

mohon kerjasama bloger keluarkan kenyataan. desak FAM minta AFF dan FIFA adakan perlawanan di stadium lain...

ini penyokong indon mana ada otak.

Monday, December 27, 2010

Suzuki AFF Cup 2010 - Rasa geli hati melihat penyokong Indonesia

Berhubung kekalahan memalukan Indonesia kepada Malaya, mereka tidak henti-henti mencetuskan provokasi di dunia siber mahupun melalui media-media mereka. Apa yang menggelikan hati penulis di sini, sikap penyokong mereka yang xdapar terima kekalahan.

kahkahkah
mereka kalah, mereka diarah balik penyokong Malaysia di Bukit Jalil. Laungan "balik!!! balik!!! balik!!! " kedengaran.
kahkahkah

Yang Bestnye tu.. Dorang macam hamba, jene arah balik, sorang2 pon balik.
kahkahkah

Markus horison (penjaga gol indon) xhenti2 menggedik di dalam padang. Kene usik sikit dengan laser trus gelabah jumpe referee.. Sharbinee dulu kt gelora bung karno kene sulu laser, xmati pon...

kahkahkah

Yang bestnyer dorang kutuk plak lagu negaraku.. Persoalannya.. sedap ke lagu korang? lbih kurang bunyi kucing beranak je..

kahkahkah

Stadium gelora bung karno xmampu tandingi Bukit Jalil. Yela.. stadium dhla kecik. buruk plak tu.. Lepas tu berebut2 nk beli tiket. Lepas tu xde tiket. Lepas tu mengamuk. Kononnya nasionalisma tinggi. Rupanya penyokong mereka lebih "sampah" dari yang dibayangkan.

kahkahkah

Balik kepada penjaga gol.. punyala menggedik kat Referee, lastly bolos jugak 3 gol. Markus botak kene lanyak baik punyer dengan budak2 malaya. Botak oh Botak..

kahkahkah

Alfred Ridle lagila kelakar. Tak bagi media kacau pemain.. Kononnya takut ganggu kosentrasi pemain. Bila dah kalah, dia salahkan pulak media yang mengganggu pemain. Aik?? Bukan media xkacau ke sebab coachnya xbagi? Alfred ni penipu rupanya...

kahkahkah

Media indon terdesak nak cari pembeli akhbar. Lalu disiarkan muka depan surat khabar mereka, "Indon kalah sebab kena pancaran laser" . Macam ayat budak2 sekolah.. Bile kalah benda kecik yang disalahkan. Dah tak reti main bola, ngaku jelah.

kahkahkah

AFF SUZUKI CUP 2010= Malaysia Separuh kaki Untuk Dakap Piala.

tidak ada apa yang lebih membanggakan apabila jutaan rakyat Malaysia bersorak gembira selepas menyaksikan Indonesia dibelasah 3-0 malam tadi.. Gol dijaringkan oleh SAFEE SALI dan ASHAARI cukup untuk memalukan Indonesia yang datang dengan penuh berlagak kononnya bintang import mereka adalah terbaik. Tapi, mereka sebenarnye menabur pasir dan rang ke muka sendiri. Bayangkanlah, negara yang menggunakan import kemudian menjadi kebanggaan rakyat negara tersebut yang kononnya bersikap nasionalisma dimalukan oleh rakyat tempatan Malaysia + anak muda bawah 23thn.. Tidakkah anda berasa malu wahai Indonesia?
Pada malam tadi juga menyaksikan penjaga gol Indon, Markus Horrison disuluh sinar cahaya laser. Lebih menggedikkan, Markus berlari ke referee untuk meminta beliau hentikan perlawanan.. Sebenarnya bagi pendapat penulis, dia terpaksa berbuat begitu untuk mengalihkan perhatian media negara mereka agar menabur pelbagai hentaman kepada skuad Malaysia sekiranya mereka tewas di Malaysia.
Sebenarnya isu laser ini bermula dari stadium gelora bung karno. Penyokong mereka yang mengajar kita untuk bermain laser. Penyokong mereka mnyuluh sinaran laser berwarna hijau ke muka sharbinee. Sebaik sahaja Malaysia menang semalam, Malaysia diserang oleh blogers2 dr indon yang mengutuk penggunaan laser. Lebh baik mereka mengutuk pasukan mereka sendiri kerana mereka tewas ketika pancaran laser dihentikan.
Tahniah pasukan negara. Teruskan perjuangan anda..

Sunday, December 26, 2010

beberapa jam lagi


tinggal bebrapa jam lagi perlwanan hidup mati pasukan negara akan bermula. Penulis di sini juga tidak senang untuk tidur kerana tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Apa yang penulis harapkan, semangat perjuangan yang tinggi dari pemain dan penyokong tidak henti-henti. Semoga kali ini piala AFF Suzuki menjadi milik MALAYSIA.. Amiiiinnnn

Saturday, December 25, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 - Malaysia lwn Indonesia

Penulis sebenarnya masih terkilan dengan akhbar-akhbar Malaysia. Persoalan yang cuba penuilis bangkitkan di sini mengapa baru hari ini, saat ini, situasi begini, barulah nk penuh ruangan-ruangan akhbar dengan berita tentang bola sepak Malaysia. Janganla bersikap pentingkan diri wahai akhbar-akhbar semua.. Kenapa beberapa hari sebelum Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara seperti Korea Selatan, Yemen, dan lain-lain tidak mendapat perhatian? Kenapa nak harapkan Astro Arena sahaja yang buiat liputan? Kenapa tidak heboh2kan kepada umum agar ramai yang memenuhkan stadium?

Penulis yakin sekiranya Malaysia tewas besok, Akhbar-akhbar akan mengutuk, menghina, mengkeji pasukan bolasepak negara.. Itulah akhbar Malaysia sebenarnya.. Cukup2lah akhbar Malaysia menghancurkan imej bolasepak kita di Piala Asia 2008.. Hentikanlah apa yang telah berlaku..

Utusan Malaysia Online - Sukan

Utusan Malaysia Online - Sukan

REBAHKAN GARUDA - utusan




KUALA LUMPUR – Jurulatih negara, K. Rajagobal menggesa anak-anak buahnya menyambar peluang keemasan yang tiba dalam perlawanan akhir pertama bola sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok tanpa perlu menunggu sehingga aksi ulangan di Jakarta.

Hanya kemenangan disasarkan buat mereka menunaikannya walaupun gelanggang sendiri ia tetap bukan satu kelebihan besar apabila menghadapi Indonesia yang baru ‘keluar’ dari medan keramatnya, Gelora Bung Karno, Jakarta.

Cuaca hujan di ibu kota kebelakangan ini turut diharap menyebelahi Harimau Malaya sekali gus mencipta situasi asing dan sukar buat ‘Sang Garuda’ yang diterajui jurulatih dari Austria, Alfred Riedl selain dibarisi seorang pemain kelahiran Uruguay dan berdarah campuran Belanda.

“Tidak banyak menguntungkan kami walaupun bermain perlawanan akhir pertama di gelanggang sendiri tetapi tentu menarik jika dapat melihat aksi ‘sulung’ lawan di luar gelanggangnya,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus pasukan di stadium itu.

Rajagobal menegaskan, tidak banyak bezanya persediaan bagi menghadapi pertembungan penting itu kecuali menekankan bahagian tertentu manakala tumpuan pemain diberikan sepenuhnya.

“Apa yang perlu ditekankan itu rahsia tetapi saya fikir kedua-dua pasukan sudah pasti mengetahui corak permainan masing-masing (sejak berkesudahan Indonesia menang 5-1 dalam Kumpulan A, 1 Disember lalu,” katanya.

Rajagobal turut menyampaikan berita gembira dengan pulihnya sayap kanan, Amirulhadi Zainal daripada kecederaan biarpun dia sudah bersedia dengan menampilkan Ashari Samsudin dalam perlawanan persahabatan dengan Felda United, Rabu lalu.

“Saya lihat keadaannya pagi tadi (semalam) dan dia sudah kembali berlatih dan tampak okey tetapi kita ada dua hari untuk memastikannya dia boleh bermain atau tidak,” katanya yang bagaimanapun mengesahkan Khyril Muhymeen Zambri masih tercedera.

Menyentuh soal harapan, katanya, skuad negara wajar menyambar peluang perlawanan pertama ini dengan meraih kemenangan setelah mereka mampu mara sejauh ini biarpun mengakui, bola sepak tetap sukar diramalkan dan sulit untuk dijamin sesuatu yang positif.

Sementara itu, pengurus pasukan Indonesia, Andi Darussalam menyifatkan pertembungan dua negara tetangga ini sebagai menarik, malah klasik sekalipun sebelum ini hubungan mereka sering disulami pelbagai isu kontroversi.

“Bagi saya, kedua-dua pasukan pasti hanya mahu bertumpu kepada permainan bola sepak dan tidak sesekali akan mencampurkannya dengan isu lain termasuk politik. Sama ada di Kuala Lumpur mahupun Jakarta, sama sahaja dan bukan satu masalah besar.

“Ada beberapa pemain kami pun sudah terbiasa dengan keadaan itu (seperti penyerang, Bambang Pamungkas). Kami juga perlu mencari kelebihan gol di sini,” katanya.

AFF Suzuki Cup 2010- Final

Alhamdulillah.. Malaysia kini berada di final. Penulis memang dah dapat agak dari mula perlwanan pertama berikutan kekalahan Malaysia kepada Indonesia. Sebenarnya inilah pasukan Malaysia. Pasukan yang berjaya menewaskan Malaysia diperingkat kumpulan biasanya akan bertemu kembali Malausia di Final. Seperti yang berlaku di pestabola merdeka dan sukan Sea. Penulis tidaklah meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad Malaysia di final nanti, tapi penulis tahu yang Malaysia akan bermain bermati-matian berikutan ini perlawanan kedua di sini. Teringat di sukan Sea Loas, Vietnam berjaya menewaskan Malaysia dengan penuh bergaya 3-1 di peringkat kumpulan. Tapi malaysia bertemu kembali Vietnam di final dan semamangya di atas kertas ramai yang menjangkakan Vietnam akan membenam Malaysia. Tanggapan itu seratus peratus meleset apabila Malaysia yang menjadi juara sukan sea walaupun bermacam-macam lakonan ditayangkan pemain vietnam ketika itu terutamanya penjaga gol yang xhenti-henti berlakon sakit bg melambatkan masa.
Berbalik kepada perlawanan akhir ahad ini, pemain-pemain Malaysia pasti akan mengamuk. Hal ini didorong dengan rasa dendam yang telah sebati dengan jiwa pemain Malaysia dan semestinya mereka sudah mengerti yang Indonesia tidaklah sekuat mana pada perlawanan peringkat kumpula dulu. Manakan tidak sehinggakan gol pembukaan perlawanan itu milik Malaysia yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha. Akibat kecuaian barisan pertahanan dan kehadiran semula Sharbinee sebagai penjaga gol yang menyebabkan Malaysia pulang hampa.. Hal itu seudah berlalu. Apa yang penulis yakin di sini, Indonesia akan menghadapi tekanan yang cukup tinggi kerana reputasi Malaysia bukanlah calang-calang.. Apa-apapun, selamat berjuang HARIMAU MALAYA.

MALAYAN KICKO KEMBALI

saya sebagai editor blog malayan kicko memohon maaf kerana tidak dapat memberi ulasan tentang bola sepak negara berikutan masalah-masalah yang tidak henti menimpa2..

Saturday, October 16, 2010

Piala Malaysia 2010 : Keputusan Suku Akhir

Perlis 1 Negeri Sembilan 3 (Negeri Sembilan layak agregat 4-1)
Kedah 3 Terengganu 0 (Kedah layak agregat 5-2)
Pahang 2 Johor FC 1 (Johor FC menerusi peraturan gol di tempat lawan (2-2))

Piala Sultan Selangor 2010 : Selangor 0-6 Singapura

Persoalan yang timbul bukan 1,2 tetapi banyak. Perasaan pelik muncul sudah lama lagi sebelum perlwanan dilangsungkan.
Persoalan yang sangat baik dalah, siapa yang bertaggungjawab tentang perlawanan ini yang berlangsung sehari selepas perlawanan menentang Kelantan?
Persoalan kedua adalah, kenapa perlawanan ini kelihatan amat tidak adil di mana pemain Singapura menggunkan khidmat pemain import sedangkan Selangor tidak menggunakan. BUkankah namapun Pasukan Pilihan Selangor?
Persolan ke 3, kenapa pemain yang bermain pada malam ini semuanya adalah pemain yang bermain semalam?
Persoalan yang ke4, apakah ada campur tangan politik di mana kelihatan YB SEPUTIH yang langsung tidak ada kene mengena dengan perkataan Selangor berada di kerusi VIP pada perlawanan ini?
Persoalan ke 6, apakah Slangor langsung tidak dibenarkan menggunakan khidmat pemain import untuk perlawanan ini?
Semua persoalan ini prlu dibongkar kerana melihat kepada kesedihan dan kekecewaan penyokong2 Selangor yang hadir untuk menonton perlwanan tadi. Di musim yang akan datang mereka perlu berubah dengan mendadak atau, ZAMAN KEJATUHAN bermula kembali. fikir-fikirkanlah.

Piala Malaysia : Kelantan ke separuh akhir dengan bergaya

Hari ini memang detik yang ditunggu2 oleh pasukan kelantan utk menewaskan Selangor. Akhirnya mereka berjaya menebus kekalahan ketika musim pertama mereka berada di liga Super 2tahun lepas ketika mereka tewas 0-4 kepada Selangor. Banyak yang MK nak komen kan dar segi pro dan kontra. Pertama, mereka berhak menang perlawanan ini. Mereka berhak untuk memalukan Selangor. Semua pemain telah menunjukkan mutu persembahan yang ter baik pada hari ini.
Kedua, MK kurang berpuas ati dengan komen B. Sathianathan tentang "baling botol itu perkara biasa". Ini adalah kerana, disebabkan perkara itu biasalah kita perlu bendung. Apa yang dibimbangkan, perkara ini menjadi serius dengan kehadiran mercun di tgh padang.
Seterusnya, Kelantan amat memerlukan stadium baru. Stadium yang ada ibarat stadium budak sekolah. Ramai rakyat kelantan adalah jutawan. Takkanlah tidk mampu untuk membina sebuah stadium baru. Lagipun tiket yangh dikenakan terhadap penyokong juga lebih mahal jika dibandingkan dgn di lembah klang. Kasihanlah kepada kaum perempuan, dan kanak2 yang turut datang ke stadium. Yang perempuan terdedah kepada gangguan seksual, manakala yang kanak-kanak mungkin akan hilang.
Seterunya, MK berasa kecewa dengan semangat kenegerian yang menebal dikalangan penyokong kelantan. Bukan kerana kekecohan yang berlaku tapi tentang perkara lain. Kalaulah penyokong-pnyokong kelantan ini hadir ke stadium bukit jalil utk menonton bolasepak Negara beraksi, pastinya meriah bolasepak negara. Janganlah terlalu bersifat kenegerian sehingga melupakan pasukan negara. Kesimpulannya di sini, MK berharap, semua penyokong2 pasukan negeri bersatu sekiranya pasukan negra beraksi. Bersama-samalah kita ke stadium untuk menyokong. Jangn terlalu berseikap kenegerian.

Piala Malaysia 2010: Selangor dibelasah 3-0

3sebentar tadi telah berlangsung perlawanan Selangor menentang Kelantan di stadium Kota bharu. Hari ini dalam sejarah baru apabila Selangor berjaya dimalukan oleh Kelantan. Sememangnya diakui, Kelantan lebih berhak pada malam ini. MK sebenarnya dapat mengagak bahawa Selangor akan dibelasah teruk oleh Kelantan. Ini adalah kerana prestasi Selangor semenjak beberapa perlawanan terakhir Liga Super lg sudah menunjukkan bahawa Selangor sebenarnya banyak memenangi perlawanan walaupun dengan jaring besar didorong oleh faktor nasib atau lebih tepat lagi, kecuaian dan kelalaian pasukan lawan.
Hari ini mereka dihukum dan MK sebenarnya berharap hukuman itu datang dari peringkat Liga super lagi. Apa yang MK boleh komen adalah, pertamanya, merka bermula dengan aksi yang sangat memalukan di separuh masa pertama. Mana2 perlawanan pun begitu. Baik ketika menentang Felda united di mana mereka bermain sangat teruk di separuh masa pertama sehingga pelawat mampu menjaringkan gol penyamaan. Inilah pasukan Selangor, sesiapa pun pasukan yang mereka tentang, lawan mereka mampu tewaskan Selangor dengan jaringan yang besar sekiranya memanfaatkan separuh masa pertama dengan sebaiknya. Ia tidak seperti ketika di era kebangkitan Selangor pada tahun 2005 di mana hampir 80peratus pemain mereka berlari kesana kemari sepanjang 90 minit. Hari ini, mereka lebih banyak berdiri menunggu bola tiba daripada mengejar bola tersebut.
MK masih hairan, mengapakah Selangor menggugurkan mereka yang berbakat 2tahun lepas seperti Indra putra dan akmal rizal tetapi mengekalkan pemain2 gemok seperti safee sali dan surendran. 2 pemain yang digugurkan ini akhirnya menyertai Kelantan dan berjaya membangunkan bolasepak Kelantan yang berpuluh-puluh tahun ibarat kapal karam yang tidak dijumpai.
Pengurusan Selangor juga tidak agresif seperti Kelantan. Bayangkanlah, tidak ada satu pun media cyber mereka yang wujud aktif. Ada memang ada, tapi langsung tak berguna. Kenapa sampai begitu sekali? Akhirnya penyokong pun tidak datang ke stadium. Kepada pengurusan Selangor, anda perlu sedar, anda sebenarnya tidak hebat. Bukaklah mata, majukan kembali bolasepak anda.

Thursday, October 14, 2010

Piala Malaysia 2010: penyokong kelantan maut selepas tonton bolasepak

SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.

"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

Sunday, October 10, 2010

Piala Malaysia2010: Jadual suku akhir

Selangor vs Kelantan
Negeri Sembilan vs Perlis
Terengganu vs Kedah
Johor FC vs Pahang

semua perlawanan akan berlangsung Selasa ini 12/10/2010

Selangor VS Kelantan

saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bagaimana pun ianya tiba terlalu awal iaitu di saingan suku akhir. Selasa ini perlawanan akan berlangsung pastinya akan menjadi tumpuan utama media dan MK sendiri. Selangor pastinya mahu mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Kelantan, rekod tanpa kalah dalam saingan piala Malaysia, dan rekod tanpa kalah di stadium keramat mereka Shah Alam.
Kelantan pula akan berjuang habis-habisan didepan ribuan peminat setia mereka walau dimana pun pasukan mereka berada. Semestinya perlawanan kali ini akan dikawal ketat oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang insiden antara penyokong kedua pasukan berlaku.
Semoga perlawanan ini akan menjadi sangat menarik seperti perlawanan di Liga super yang mana diiktiraf sebagai perlwanan liga terbaik di stadium shahalam walaupun pada masa itu selangor menewaskan kelatan 4-0.

Saturday, October 9, 2010

sukan asia 2010: bolasepak penuh ranjau

Bola sepak penuh ranjau
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/10/08
Rajagobal janji pemain akan pamer aksi terbaik di Sukan Asia

SKUAD bola sepak negara berdepan laluan sukar peringkat awal Sukan Asia bermula 7 November depan apabila diletakkan dalam Kumpulan A yang turut menampilkan tuan rumah, China, Jepun dan Krygyzstan.
Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bagaimanapun sudah menjangkakan kesukaran yang bakal dihadapi pada saingan itu nanti, dan baginya, apa yang penting ialah menggunakan sebaiknya peluang beraksi pada kejohanan itu untuk mengutip pengalaman dan belajar daripada pasukan lebih handal. “Kita tiada pilihan selain pergi ke sana dan bermain sebaik mungkin,” kata Rajagobal. “Jika diundi dalam kumpulan lain pun, skuad negara tetap berdepan cabaran sengit dan apa yang boleh dilakukan ialah memberi persembahan terbaik.”

Rajagobal yang hanya mempunyai tempoh empat hari untuk melengkapkan skuad Piala Asia sebaik tamat final Piala Malaysia pada 30 Oktober, berkata, tidak banyak yang boleh dijangkakan daripada pasukan kebangsaan berdasarkan beberapa faktor.

“Tempoh singkat untuk berlatih sebaik tamat Piala Malaysia serta keletihan pemain yang terbabit, sudah tentu memberi kesan kepada aksi skuad negara,” kata Rajagobal. “Buat masa ini saya terpaksa memberi tumpuan kepada pemain yang tidak terbabit dengan Piala Malaysia.”

Sementara itu, juara bertahan, Qatar yang menewaskan Iraq 1-0 pada final edisi lalu di laman sendiri, mendapat laluan mudah apabila diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama Kuwait, India dan Singapura.

Piala Malaysia2010:perlawanan terakhir peringkat kumpulan

Malam ni perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Selangor yang kini nampak menjadi kuasa besar bolasepak Malaysia sejak kebangkitan mereka pada tahun 2006. Menjelang perlawanan terakhir menentang Perlis pada malam ini, apakah permainan akan menjadi menarik? Walaupun Selangor telah mendapat mata maksimum setakat ini iaitu 15 mata, menang kesemua perlawanan menentang Perlis, T-Team, dan Felda United, hakikat yang perlu diterima adalah mereka akan hilang arah dan mula leka setelah mendahului. Ia dapat dibuktikan pada perlawanan terakhir iaitu menentang Felda United, di kala mendahului, mereka dengan mudah melepaskan gol kepada mereka.
Perlawanan lain pastinya terarah kepada Kelantan yang perlu menang pada malam ini walaupun mereka menang besar ke atas PKNS baru-baru ini. Semestinya lautan penyokong wira merah akan terus menerus memberikan sokongan kepada mereka.
yang pastinya insyaAllah malam ni akan ada siaran langsung di RTM dan astro Arena. Tapi yang pastinya xkan disiarkan di restoren2 mamak. Biasalah mereka manalah mahu bantu bolasepak negara. Apa-apapun terpulanglah kepada rakyat malaysia. Kepada yang terus menerus mengutuk bolasepak negara, pikirla elok. Anda tahukah bermain bolasepak? MK akui Mk memang tidak tahu bermain bolasepak. Tapi MK rakyat Malaysia dan MK tahu pemain-pemain dah lakukan setakat yang termampu.

Friday, October 8, 2010

Malayan Kicko muncul ketika mereka beredar

inilah bolasepak cyber. MK muncul di saat banyak website2 bolasepak dalam negara tidak dapat dimasuki oleh pengunjung-pengunjung. InsyaAllah MK akan berikan yang terbaik. Kami di MK akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan ulasa-ulasan tentang bolasepak negara.
Kepada pengunjung, sila berikan sokongan anda kepada kami sama ada setia mengunjung laman ini, menghantar artikel melalui emel kami, dan lain-lain. Kami amat hargai kerjasama anda. Bersamalah kita mengembalikan kegemilangan negara kita. Kitalah yang mencoraknya dan kitalah yang menjatuhkannya.Cukup itu cukup. Jangan kita biarkan negara kita terus dihina. Kerana Malaysia adalah negara yang berkuasa. Sembah salam dari kami Malayan Kicko.

Sukan Asia 2010: Malaysia Dalam Kumpulan Maut

nampaknya Malaysia terpaksa menghadapi laluan sukar apabila diundi bersama Jepun, tuan rumah China, dan Kygirstan di sukan Asia 2010 Guangzhou november ini. Apa-apapun MK yakin pasukan Malaysia mampu memberikan saingan yang sangat sengit. Adalah tidak menjadi masalah besar sebenarnya bagi Malaysia untuk memberikan cabaran kepada Jepun, dan China. Korea Selatan pun pernah dikalahkan beberapa bulan lepas. Man United yang poyo 2 pun hampir dimalukan oleh pemain-pemain Malaysia yang pendek-pendek inikan pula Jepun dan China. Semoga K. Rajagobal dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pemain-pemain Malaysia yang pendek-pendek ini sebenarnya bertaraf antarabangsa.

Thursday, October 7, 2010

piala Malaysia 2010: ATM beraksi baik berbanding Johor FC

MK memuji pemain2 ATM yang berkunjung ke stadium Jcorp di Pasir Gudang 2 hari lepas. Mereka membawa penyokong yang begitu ramai dari kem tentera Sg Besi. Pertamanya MK memuji penyokong-penyokong mereka yang sgt ramai di setiap venue perlawanan. Dengan adanya pancaragam yang mereka bawa, perlawanan menjadi sgt meriah.
Keduanya aksi yang dipamerkan sangat mantap. Mereka menguasai sebahagian besar perlawanan. Hanya disebabkan kesilapan kecil barisan pertahanan mereka terlepas satu gol di separuh masa pertama. Mereka cuba bangkit. Permainan yang dipamerkan laju. Cuma masih ada sikap menahan bola kemudian berundur 2,3 langkah ke belakang lalu menendang bola. Inilah sikap yang mmenjadikan permainan perlahan dan sangat tidak bermutu. Tapi ATM berhak dipuji. Pasukan kelab yang hampir2 memalukan Johor FC.
Walaubagaimanapun, ATM boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia kerana mereka gagal untuk terus ke suku akhir. Apa-apapun tahniah buat pemain-pemain ATM yang menentang habis-habisan sehingga bergegar palang gol di saat-sat akhir yang hampir-hampir menjadikan keputusan seri 2-2.

Piala Malaysia 6/10/10 (keputusan)

Piala Malaysia: Negeri Sembilan ikut jejak Selangor

SELEPAS Selangor, kini giliran Negeri Sembilan mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia hasil kejayaan menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Namun saingan bagi merebut satu lagi slot ke suku akhir bagi Kumpulan A kembali terbuka setelah Kelantan membelasah PKNS 4-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Negeri Sembilan kini mengumpul 11 mata diikuti Kelantan (8) dan PKNS (6) manakala KL Plus sudah tersingkir dengan hanya dua mata.

Bagi saingan Kumpulan B, Terengganu kembali menghidupkan peluang ke suku akhir setelah membenam Sabah 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah manakala Pahang menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Cheras.

Pahang merampas tangga teratas dengan sembilan mata diikuti Sabah (8) dan Terengganu (7) manakala Kuala Lumpur tersingkir selepas hanya mengumpul empat mata.

Kumpulan C pula menyaksikan saingan kembali terbuka selepas Perak menewaskan Kedah 1-0 di Ipoh sementara Johor FC kekal di tangga teratas selepas menewaskan ATM 2-1 di Pasir Gudang.

Johor FC mendahului dengan sembilan mata diikuti Perak (7) dan Kedah (6) manakala ATM tersingkir dengan memungut tiga mata.

Sementara itu, Perlis mencerahkan peluang untuk mengiringi Selangor ke suku akhir setelah menewaskan T-Team 4-1 di Kangar manakala Selangor sah menjadi juara Kumpulan D dengan membenam Felda United 4-1 di Shah Alam.

Selangor yang mengumpul 15 mata maksimum tidak mampu dipintas lagi oleh Perlis (9) dan T-Team (6) manakala Felda United gagal memungut sebarang mata.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bakal berlangsung Sabtu ini.

sumber= Harian Kosmo

selangor cemerlang,Kelantan mengamuk, N9 bangkit

Selangor malam tadi meneruskan rekod tanpa kalah di stadium Shah Alam. Walaupun merehatkan ramai pemain utama, Selangor tetap bergaya membelasah Felda United. Manakala di Kota Bharu, kehadiran hampir 10ribu penyokong wira merah memeriahkan suasana kemenangan Kelantan keatas PKNS selangor. Negeri Sembilan pula bangkit dari ketinggalan 1-0 kepada KL plus dengan berjaya menewaskan KL Plus 2-1. Perlwanan ATM dan Johor fc pula menjadi tumpuan RTM yang menyiarkan secara langsung dari kaca tv. MK terpegun dengan aksi ATM yang menguasai sebahagian besar permainan walaupun tewas 1-2 kepada Johor FC. ATM menyerang habis-habisan sepanjang perlawanan dikala mereka sedar sedaang ketinggalan kepada Johor FC.

Monday, September 20, 2010

malayan kicko kembali

asslammualaikum. MK hari ini mengumumkan bahawa kami akan kembali beroperasi seperti biasa dan akan memeriahkan bolasepak Piala Malaysia, Piala suzuki AFF, Sukan Asia dan Liga Super 2010/2011. Kami juga akan memberikan gosip-gosip bintang bolasepak negara.

Sunday, May 30, 2010

wan jamak masih berang dengan penyokong

MK tertarik nak bercakap tentang Wan Jamak yang kesal dengan sikap penyokong Negeri Sembilan kerana hanya menyokong Negeri Sembilan ketika mereka berada di puncak sahaja. hakikat yang sebenarnye yang perlu wan jamak terima adalah, penyokong Negeri Sembila tidaklah seramai mana pun . Kite lihat dalam aksi final Piala FA,penyokong Kelantan jauh lebih ramai. Itu final tapi sekrang ini adalah liga super ditambah dengan kemerosotan. Sememangnya akan berkuranganlah bilangan penonton.
Di Malaysia,memang diakui penonton selalu bersikap demikian. Stadium selalu kosong bile pasukan yang mereka sokong kalah. Berbeza dengan di eropah, walaupun pasukan mereka jatuh, merke tetap berada dibelakang. Ianya adalah kerana mereka cume menyokong satu2nya pasukan kesayangan mereka. Malangnya di Malaysia, penyokong dipengaruhi dengan siaran2 langsung yg dibawa oleh syrikat tv swasta. Ianya telah menjadi sejarah kemerosotan. Sebaik sahaja kehadiran siaran langsung dan gejala rasuah bolasepak besar-besaran yang berlaku beberapa dekad yang lalu, bolasepak kite hancur dan terus hancur.
Mujurlah pada hari ini, liga Malaysia semakin baik cume dr segi sokongan peminat, kite masih gagal cari jalan penyelesaian bagaimana nk jadikan EPL sebagai kelas kedua dan Liga Super Malaysia sebagai kelas pertama

Pasukan-pasukan dalam Malaysia perlu berubah

pasukan-pasukan dalam Malaysia perlu berubah untuk menjadi pasukan terbaik Asia. Apa yang MK lihat, pemain-pemain Malaysia tidak menghadapi latihan secara professional. Ianya dapat dilihat melalui tubuh badan mereka. Ramai yang masih mengalami masalah perut BUNCIT. Sedangkan sekiranya ,mereka betul2 fokus kepada bolasepak sahaja, sudah pasti lemak2 yang ada di perut hilang.
MK nk bawak semua kenang kembali Harimau Muda A yang berada di slovakia. Mereka menghadapi latihan yang professional di sana. Lihat tubuh mereka. Ada antara mereka mmg buncit ketika bermain di sini, tapi bila mereka berada di sana, tubuh mereka berubah.

Selangor terus ke hadapan

Selangor membuktikan bahawa walaupun mereka bermain tanpa kehadiran Safee Sali, Hardi Jaafar, dan Razman Roslan, mereka tetap mampu menang dengan keputusan yang agak baik.
Percaturan K devan nampaknya menjadi walaupun terpaksa menggunakan walkie talkie untuk berhubung dengan pembatu jurulatih.
MK yakin Selangor mampu terus menguasai liga kerana lawan mereka selepas ini adalah antara pasukan yang boleh dikatakan lemah iaitu johor, dan perak. Cume pada 13Julai nanti perlawanan tumpuan rakyat Malaysia adalah ke arah Selangor dan Kelantan.
pastinya perlwanan ini akan menentukan prestasi Kelantan untuk perlawanan seterusnya. Sekiranya mereka gagal menewaskan Selangor, sudah pasti mereka akan mengalami kekecewaan yang akan menggangu mereka untuk perlwanan seterusnya dalam liga.

keputusan penuh 29 mei 2010

Selangor 2-0 Perlis

Pulau Pinang 1-3 Kelantan

KL Plus 1-2 Pahang

T Team 2-2 Kedah

Johor FC 1-0 Perak

Negeri Sembilan 3-1 johor

Kuala Lumpur 1-1 Terengganu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails