makluman kepada semua

kepada sesiapa yang ada maklumat tentang pemain-pemain bolasepak dalam negara, sila hantar kepada kami di malayankicko@gmail.com
tidak kiralah gosip, perangai pemain atau apa sahaja. kerjasama anda dihargai.

Saturday, October 9, 2010

sukan asia 2010: bolasepak penuh ranjau

Bola sepak penuh ranjau
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/10/08
Rajagobal janji pemain akan pamer aksi terbaik di Sukan Asia

SKUAD bola sepak negara berdepan laluan sukar peringkat awal Sukan Asia bermula 7 November depan apabila diletakkan dalam Kumpulan A yang turut menampilkan tuan rumah, China, Jepun dan Krygyzstan.
Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bagaimanapun sudah menjangkakan kesukaran yang bakal dihadapi pada saingan itu nanti, dan baginya, apa yang penting ialah menggunakan sebaiknya peluang beraksi pada kejohanan itu untuk mengutip pengalaman dan belajar daripada pasukan lebih handal. “Kita tiada pilihan selain pergi ke sana dan bermain sebaik mungkin,” kata Rajagobal. “Jika diundi dalam kumpulan lain pun, skuad negara tetap berdepan cabaran sengit dan apa yang boleh dilakukan ialah memberi persembahan terbaik.”

Rajagobal yang hanya mempunyai tempoh empat hari untuk melengkapkan skuad Piala Asia sebaik tamat final Piala Malaysia pada 30 Oktober, berkata, tidak banyak yang boleh dijangkakan daripada pasukan kebangsaan berdasarkan beberapa faktor.

“Tempoh singkat untuk berlatih sebaik tamat Piala Malaysia serta keletihan pemain yang terbabit, sudah tentu memberi kesan kepada aksi skuad negara,” kata Rajagobal. “Buat masa ini saya terpaksa memberi tumpuan kepada pemain yang tidak terbabit dengan Piala Malaysia.”

Sementara itu, juara bertahan, Qatar yang menewaskan Iraq 1-0 pada final edisi lalu di laman sendiri, mendapat laluan mudah apabila diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama Kuwait, India dan Singapura.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails