saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bagaimana pun ianya tiba terlalu awal iaitu di saingan suku akhir. Selasa ini perlawanan akan berlangsung pastinya akan menjadi tumpuan utama media dan MK sendiri. Selangor pastinya mahu mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Kelantan, rekod tanpa kalah dalam saingan piala Malaysia, dan rekod tanpa kalah di stadium keramat mereka Shah Alam.
Kelantan pula akan berjuang habis-habisan didepan ribuan peminat setia mereka walau dimana pun pasukan mereka berada. Semestinya perlawanan kali ini akan dikawal ketat oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang insiden antara penyokong kedua pasukan berlaku.
Semoga perlawanan ini akan menjadi sangat menarik seperti perlawanan di Liga super yang mana diiktiraf sebagai perlwanan liga terbaik di stadium shahalam walaupun pada masa itu selangor menewaskan kelatan 4-0.
No comments:
Post a Comment