3sebentar tadi telah berlangsung perlawanan Selangor menentang Kelantan di stadium Kota bharu. Hari ini dalam sejarah baru apabila Selangor berjaya dimalukan oleh Kelantan. Sememangnya diakui, Kelantan lebih berhak pada malam ini. MK sebenarnya dapat mengagak bahawa Selangor akan dibelasah teruk oleh Kelantan. Ini adalah kerana prestasi Selangor semenjak beberapa perlawanan terakhir Liga Super lg sudah menunjukkan bahawa Selangor sebenarnya banyak memenangi perlawanan walaupun dengan jaring besar didorong oleh faktor nasib atau lebih tepat lagi, kecuaian dan kelalaian pasukan lawan.
Hari ini mereka dihukum dan MK sebenarnya berharap hukuman itu datang dari peringkat Liga super lagi. Apa yang MK boleh komen adalah, pertamanya, merka bermula dengan aksi yang sangat memalukan di separuh masa pertama. Mana2 perlawanan pun begitu. Baik ketika menentang Felda united di mana mereka bermain sangat teruk di separuh masa pertama sehingga pelawat mampu menjaringkan gol penyamaan. Inilah pasukan Selangor, sesiapa pun pasukan yang mereka tentang, lawan mereka mampu tewaskan Selangor dengan jaringan yang besar sekiranya memanfaatkan separuh masa pertama dengan sebaiknya. Ia tidak seperti ketika di era kebangkitan Selangor pada tahun 2005 di mana hampir 80peratus pemain mereka berlari kesana kemari sepanjang 90 minit. Hari ini, mereka lebih banyak berdiri menunggu bola tiba daripada mengejar bola tersebut.
MK masih hairan, mengapakah Selangor menggugurkan mereka yang berbakat 2tahun lepas seperti Indra putra dan akmal rizal tetapi mengekalkan pemain2 gemok seperti safee sali dan surendran. 2 pemain yang digugurkan ini akhirnya menyertai Kelantan dan berjaya membangunkan bolasepak Kelantan yang berpuluh-puluh tahun ibarat kapal karam yang tidak dijumpai.
Pengurusan Selangor juga tidak agresif seperti Kelantan. Bayangkanlah, tidak ada satu pun media cyber mereka yang wujud aktif. Ada memang ada, tapi langsung tak berguna. Kenapa sampai begitu sekali? Akhirnya penyokong pun tidak datang ke stadium. Kepada pengurusan Selangor, anda perlu sedar, anda sebenarnya tidak hebat. Bukaklah mata, majukan kembali bolasepak anda.
No comments:
Post a Comment