Alhamdulillah.. Malaysia kini berada di final. Penulis memang dah dapat agak dari mula perlwanan pertama berikutan kekalahan Malaysia kepada Indonesia. Sebenarnya inilah pasukan Malaysia. Pasukan yang berjaya menewaskan Malaysia diperingkat kumpulan biasanya akan bertemu kembali Malausia di Final. Seperti yang berlaku di pestabola merdeka dan sukan Sea. Penulis tidaklah meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad Malaysia di final nanti, tapi penulis tahu yang Malaysia akan bermain bermati-matian berikutan ini perlawanan kedua di sini. Teringat di sukan Sea Loas, Vietnam berjaya menewaskan Malaysia dengan penuh bergaya 3-1 di peringkat kumpulan. Tapi malaysia bertemu kembali Vietnam di final dan semamangya di atas kertas ramai yang menjangkakan Vietnam akan membenam Malaysia. Tanggapan itu seratus peratus meleset apabila Malaysia yang menjadi juara sukan sea walaupun bermacam-macam lakonan ditayangkan pemain vietnam ketika itu terutamanya penjaga gol yang xhenti-henti berlakon sakit bg melambatkan masa.
Berbalik kepada perlawanan akhir ahad ini, pemain-pemain Malaysia pasti akan mengamuk. Hal ini didorong dengan rasa dendam yang telah sebati dengan jiwa pemain Malaysia dan semestinya mereka sudah mengerti yang Indonesia tidaklah sekuat mana pada perlawanan peringkat kumpula dulu. Manakan tidak sehinggakan gol pembukaan perlawanan itu milik Malaysia yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha. Akibat kecuaian barisan pertahanan dan kehadiran semula Sharbinee sebagai penjaga gol yang menyebabkan Malaysia pulang hampa.. Hal itu seudah berlalu. Apa yang penulis yakin di sini, Indonesia akan menghadapi tekanan yang cukup tinggi kerana reputasi Malaysia bukanlah calang-calang.. Apa-apapun, selamat berjuang HARIMAU MALAYA.
No comments:
Post a Comment