MK memuji pemain2 ATM yang berkunjung ke stadium Jcorp di Pasir Gudang 2 hari lepas. Mereka membawa penyokong yang begitu ramai dari kem tentera Sg Besi. Pertamanya MK memuji penyokong-penyokong mereka yang sgt ramai di setiap venue perlawanan. Dengan adanya pancaragam yang mereka bawa, perlawanan menjadi sgt meriah.
Keduanya aksi yang dipamerkan sangat mantap. Mereka menguasai sebahagian besar perlawanan. Hanya disebabkan kesilapan kecil barisan pertahanan mereka terlepas satu gol di separuh masa pertama. Mereka cuba bangkit. Permainan yang dipamerkan laju. Cuma masih ada sikap menahan bola kemudian berundur 2,3 langkah ke belakang lalu menendang bola. Inilah sikap yang mmenjadikan permainan perlahan dan sangat tidak bermutu. Tapi ATM berhak dipuji. Pasukan kelab yang hampir2 memalukan Johor FC.
Walaubagaimanapun, ATM boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia kerana mereka gagal untuk terus ke suku akhir. Apa-apapun tahniah buat pemain-pemain ATM yang menentang habis-habisan sehingga bergegar palang gol di saat-sat akhir yang hampir-hampir menjadikan keputusan seri 2-2.
No comments:
Post a Comment