Hari ini memang detik yang ditunggu2 oleh pasukan kelantan utk menewaskan Selangor. Akhirnya mereka berjaya menebus kekalahan ketika musim pertama mereka berada di liga Super 2tahun lepas ketika mereka tewas 0-4 kepada Selangor. Banyak yang MK nak komen kan dar segi pro dan kontra. Pertama, mereka berhak menang perlawanan ini. Mereka berhak untuk memalukan Selangor. Semua pemain telah menunjukkan mutu persembahan yang ter baik pada hari ini.
Kedua, MK kurang berpuas ati dengan komen B. Sathianathan tentang "baling botol itu perkara biasa". Ini adalah kerana, disebabkan perkara itu biasalah kita perlu bendung. Apa yang dibimbangkan, perkara ini menjadi serius dengan kehadiran mercun di tgh padang.
Seterusnya, Kelantan amat memerlukan stadium baru. Stadium yang ada ibarat stadium budak sekolah. Ramai rakyat kelantan adalah jutawan. Takkanlah tidk mampu untuk membina sebuah stadium baru. Lagipun tiket yangh dikenakan terhadap penyokong juga lebih mahal jika dibandingkan dgn di lembah klang. Kasihanlah kepada kaum perempuan, dan kanak2 yang turut datang ke stadium. Yang perempuan terdedah kepada gangguan seksual, manakala yang kanak-kanak mungkin akan hilang.
Seterunya, MK berasa kecewa dengan semangat kenegerian yang menebal dikalangan penyokong kelantan. Bukan kerana kekecohan yang berlaku tapi tentang perkara lain. Kalaulah penyokong-pnyokong kelantan ini hadir ke stadium bukit jalil utk menonton bolasepak Negara beraksi, pastinya meriah bolasepak negara. Janganlah terlalu bersifat kenegerian sehingga melupakan pasukan negara. Kesimpulannya di sini, MK berharap, semua penyokong2 pasukan negeri bersatu sekiranya pasukan negra beraksi. Bersama-samalah kita ke stadium untuk menyokong. Jangn terlalu berseikap kenegerian.
No comments:
Post a Comment