perlawanan penting hari ini sudah pastinya bertumpu kepada selangor menentang kelantan. perlawanan ini amat penting kerana kelantan akan bermatian di gelanggang sendiri manakala selangor pula ingin mengekalkan kedudukan teratas liga. apa yang menariknya di sini, selangor pastinya akan bermain dlm keadaan yang bolek MK katakan luar biasa kerana pada perlwanan sebelum ini kita dapat lihat bahawa selangor hanya memenangi setiap perlawanan dengan jaringan yang tipis.
apa yang menyebabkan selangor hanya peroleh kemenangan tipis adalah sikap selamber majoriti pemain mereka. memang diakui, untuk bermain dengan selangor pasukan lawan perlu kan kelajuan ini kerana pemain2 tengah selangor apabila mereka nmpk di depan mereka ade ruang kosong, mereka tidak takut untuk mengawal bola ke kawasan lawan dan buat hantaran hanya jika terdapat pemain lawan datang ke arah mereka. apa yang dilihat penyerang selangor setelah mendapat peluang untuk melepaskan rembatan, mereka ibarat mencuba untuk merembat dan bukannya serius dalam usaha menghasilkan gol. ini yang menyebabkan pasukan selangor hanya dapat jaringkan gol tipis untuk menang.
berbeza dengan pasukan kelantan, mereka boleh dikatakan serba lengkap tapi prestasi mereka sebenarnya turun naik. sekiranya mereka bermatian , maka mereka akan menang selesa. tapi ada hari yang mereka hilang fokus, mereka pasti gagal. penyerang berbahaya, norshahrul idlan sememangnya pantas apatah lagi dengan ketiadaan safee sali , dia ibarat kurang menerima cabaran. begitu juga dengan s. chanturu yang laju melarikan bola untuk membuka peluang kelantan jaringkan gol pada malam ini.
ok sekarang MK nak bercakap tentang sikap pengulas astro arena. sebenarnya semakin dibiar, mereka semakin melampau. apa yang MK pasti sikap mereka ini terlalu mencari kesalahan pasukan yang bermain. tidak perlu MK ungkapkan nama tersebut tapi itu jelas sebenarnya. ketika selangor menentang sabah, pengulas tidak segan silu melahirkan kekecewaan nya terhadap selangor. kerana mutu permainan kononnya tidak memuaskan. jangalah bersikap seperti jurulatih. buatlah kerja anda sebagai pengulas. dan yang peliknya hanya selangor yang kene. apaguna selangor bermain cantik tapi sabah sebaliknya??? ianya akan jadi lebih membosankan. kerana hanya selangor yang menguasai permainan. sampai masa, pasti selangor akan memperlahankan corak permainan juga setelah melihat lawan perlahan dan perlahan. sepatutnya tugas pengulas mencari perkara2 positif agar peminat ke stadium. bukan cari salah sahaja. MK tidak pasti sama ada sebenarnya pengulas tersebut penyokong selangor.
apapun perlawanan malam ini diharapkan tidak adalah perkara yang sama berulang oleh pengulas. rindu nak dengar datuk haji hasbulllah awang yg buat ulasan kerana sememangnya beliau yang terbaik.
No comments:
Post a Comment