makluman kepada semua

kepada sesiapa yang ada maklumat tentang pemain-pemain bolasepak dalam negara, sila hantar kepada kami di malayankicko@gmail.com
tidak kiralah gosip, perangai pemain atau apa sahaja. kerjasama anda dihargai.

Saturday, October 9, 2010

Piala Malaysia2010:perlawanan terakhir peringkat kumpulan

Malam ni perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Selangor yang kini nampak menjadi kuasa besar bolasepak Malaysia sejak kebangkitan mereka pada tahun 2006. Menjelang perlawanan terakhir menentang Perlis pada malam ini, apakah permainan akan menjadi menarik? Walaupun Selangor telah mendapat mata maksimum setakat ini iaitu 15 mata, menang kesemua perlawanan menentang Perlis, T-Team, dan Felda United, hakikat yang perlu diterima adalah mereka akan hilang arah dan mula leka setelah mendahului. Ia dapat dibuktikan pada perlawanan terakhir iaitu menentang Felda United, di kala mendahului, mereka dengan mudah melepaskan gol kepada mereka.
Perlawanan lain pastinya terarah kepada Kelantan yang perlu menang pada malam ini walaupun mereka menang besar ke atas PKNS baru-baru ini. Semestinya lautan penyokong wira merah akan terus menerus memberikan sokongan kepada mereka.
yang pastinya insyaAllah malam ni akan ada siaran langsung di RTM dan astro Arena. Tapi yang pastinya xkan disiarkan di restoren2 mamak. Biasalah mereka manalah mahu bantu bolasepak negara. Apa-apapun terpulanglah kepada rakyat malaysia. Kepada yang terus menerus mengutuk bolasepak negara, pikirla elok. Anda tahukah bermain bolasepak? MK akui Mk memang tidak tahu bermain bolasepak. Tapi MK rakyat Malaysia dan MK tahu pemain-pemain dah lakukan setakat yang termampu.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails