makluman kepada semua
tidak kiralah gosip, perangai pemain atau apa sahaja. kerjasama anda dihargai.
Saturday, October 16, 2010
Piala Malaysia 2010 : Keputusan Suku Akhir
Kedah 3 Terengganu 0 (Kedah layak agregat 5-2)
Pahang 2 Johor FC 1 (Johor FC menerusi peraturan gol di tempat lawan (2-2))
Piala Sultan Selangor 2010 : Selangor 0-6 Singapura
Persoalan yang sangat baik dalah, siapa yang bertaggungjawab tentang perlawanan ini yang berlangsung sehari selepas perlawanan menentang Kelantan?
Persoalan kedua adalah, kenapa perlawanan ini kelihatan amat tidak adil di mana pemain Singapura menggunkan khidmat pemain import sedangkan Selangor tidak menggunakan. BUkankah namapun Pasukan Pilihan Selangor?
Persolan ke 3, kenapa pemain yang bermain pada malam ini semuanya adalah pemain yang bermain semalam?
Persoalan yang ke4, apakah ada campur tangan politik di mana kelihatan YB SEPUTIH yang langsung tidak ada kene mengena dengan perkataan Selangor berada di kerusi VIP pada perlawanan ini?
Persoalan ke 6, apakah Slangor langsung tidak dibenarkan menggunakan khidmat pemain import untuk perlawanan ini?
Semua persoalan ini prlu dibongkar kerana melihat kepada kesedihan dan kekecewaan penyokong2 Selangor yang hadir untuk menonton perlwanan tadi. Di musim yang akan datang mereka perlu berubah dengan mendadak atau, ZAMAN KEJATUHAN bermula kembali. fikir-fikirkanlah.
Piala Malaysia : Kelantan ke separuh akhir dengan bergaya
Kedua, MK kurang berpuas ati dengan komen B. Sathianathan tentang "baling botol itu perkara biasa". Ini adalah kerana, disebabkan perkara itu biasalah kita perlu bendung. Apa yang dibimbangkan, perkara ini menjadi serius dengan kehadiran mercun di tgh padang.
Seterusnya, Kelantan amat memerlukan stadium baru. Stadium yang ada ibarat stadium budak sekolah. Ramai rakyat kelantan adalah jutawan. Takkanlah tidk mampu untuk membina sebuah stadium baru. Lagipun tiket yangh dikenakan terhadap penyokong juga lebih mahal jika dibandingkan dgn di lembah klang. Kasihanlah kepada kaum perempuan, dan kanak2 yang turut datang ke stadium. Yang perempuan terdedah kepada gangguan seksual, manakala yang kanak-kanak mungkin akan hilang.
Seterunya, MK berasa kecewa dengan semangat kenegerian yang menebal dikalangan penyokong kelantan. Bukan kerana kekecohan yang berlaku tapi tentang perkara lain. Kalaulah penyokong-pnyokong kelantan ini hadir ke stadium bukit jalil utk menonton bolasepak Negara beraksi, pastinya meriah bolasepak negara. Janganlah terlalu bersifat kenegerian sehingga melupakan pasukan negara. Kesimpulannya di sini, MK berharap, semua penyokong2 pasukan negeri bersatu sekiranya pasukan negra beraksi. Bersama-samalah kita ke stadium untuk menyokong. Jangn terlalu berseikap kenegerian.
Piala Malaysia 2010: Selangor dibelasah 3-0
Hari ini mereka dihukum dan MK sebenarnya berharap hukuman itu datang dari peringkat Liga super lagi. Apa yang MK boleh komen adalah, pertamanya, merka bermula dengan aksi yang sangat memalukan di separuh masa pertama. Mana2 perlawanan pun begitu. Baik ketika menentang Felda united di mana mereka bermain sangat teruk di separuh masa pertama sehingga pelawat mampu menjaringkan gol penyamaan. Inilah pasukan Selangor, sesiapa pun pasukan yang mereka tentang, lawan mereka mampu tewaskan Selangor dengan jaringan yang besar sekiranya memanfaatkan separuh masa pertama dengan sebaiknya. Ia tidak seperti ketika di era kebangkitan Selangor pada tahun 2005 di mana hampir 80peratus pemain mereka berlari kesana kemari sepanjang 90 minit. Hari ini, mereka lebih banyak berdiri menunggu bola tiba daripada mengejar bola tersebut.
MK masih hairan, mengapakah Selangor menggugurkan mereka yang berbakat 2tahun lepas seperti Indra putra dan akmal rizal tetapi mengekalkan pemain2 gemok seperti safee sali dan surendran. 2 pemain yang digugurkan ini akhirnya menyertai Kelantan dan berjaya membangunkan bolasepak Kelantan yang berpuluh-puluh tahun ibarat kapal karam yang tidak dijumpai.
Pengurusan Selangor juga tidak agresif seperti Kelantan. Bayangkanlah, tidak ada satu pun media cyber mereka yang wujud aktif. Ada memang ada, tapi langsung tak berguna. Kenapa sampai begitu sekali? Akhirnya penyokong pun tidak datang ke stadium. Kepada pengurusan Selangor, anda perlu sedar, anda sebenarnya tidak hebat. Bukaklah mata, majukan kembali bolasepak anda.
Thursday, October 14, 2010
Piala Malaysia 2010: penyokong kelantan maut selepas tonton bolasepak
SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.
Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.
"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.
"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.
Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.
Sunday, October 10, 2010
Piala Malaysia2010: Jadual suku akhir
Negeri Sembilan vs Perlis
Terengganu vs Kedah
Johor FC vs Pahang
semua perlawanan akan berlangsung Selasa ini 12/10/2010
Selangor VS Kelantan
Kelantan pula akan berjuang habis-habisan didepan ribuan peminat setia mereka walau dimana pun pasukan mereka berada. Semestinya perlawanan kali ini akan dikawal ketat oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang insiden antara penyokong kedua pasukan berlaku.
Semoga perlawanan ini akan menjadi sangat menarik seperti perlawanan di Liga super yang mana diiktiraf sebagai perlwanan liga terbaik di stadium shahalam walaupun pada masa itu selangor menewaskan kelatan 4-0.
Saturday, October 9, 2010
sukan asia 2010: bolasepak penuh ranjau
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/10/08
Rajagobal janji pemain akan pamer aksi terbaik di Sukan Asia
SKUAD bola sepak negara berdepan laluan sukar peringkat awal Sukan Asia bermula 7 November depan apabila diletakkan dalam Kumpulan A yang turut menampilkan tuan rumah, China, Jepun dan Krygyzstan.
Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bagaimanapun sudah menjangkakan kesukaran yang bakal dihadapi pada saingan itu nanti, dan baginya, apa yang penting ialah menggunakan sebaiknya peluang beraksi pada kejohanan itu untuk mengutip pengalaman dan belajar daripada pasukan lebih handal. “Kita tiada pilihan selain pergi ke sana dan bermain sebaik mungkin,” kata Rajagobal. “Jika diundi dalam kumpulan lain pun, skuad negara tetap berdepan cabaran sengit dan apa yang boleh dilakukan ialah memberi persembahan terbaik.”
Rajagobal yang hanya mempunyai tempoh empat hari untuk melengkapkan skuad Piala Asia sebaik tamat final Piala Malaysia pada 30 Oktober, berkata, tidak banyak yang boleh dijangkakan daripada pasukan kebangsaan berdasarkan beberapa faktor.
“Tempoh singkat untuk berlatih sebaik tamat Piala Malaysia serta keletihan pemain yang terbabit, sudah tentu memberi kesan kepada aksi skuad negara,” kata Rajagobal. “Buat masa ini saya terpaksa memberi tumpuan kepada pemain yang tidak terbabit dengan Piala Malaysia.”
Sementara itu, juara bertahan, Qatar yang menewaskan Iraq 1-0 pada final edisi lalu di laman sendiri, mendapat laluan mudah apabila diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama Kuwait, India dan Singapura.
Piala Malaysia2010:perlawanan terakhir peringkat kumpulan
Perlawanan lain pastinya terarah kepada Kelantan yang perlu menang pada malam ini walaupun mereka menang besar ke atas PKNS baru-baru ini. Semestinya lautan penyokong wira merah akan terus menerus memberikan sokongan kepada mereka.
yang pastinya insyaAllah malam ni akan ada siaran langsung di RTM dan astro Arena. Tapi yang pastinya xkan disiarkan di restoren2 mamak. Biasalah mereka manalah mahu bantu bolasepak negara. Apa-apapun terpulanglah kepada rakyat malaysia. Kepada yang terus menerus mengutuk bolasepak negara, pikirla elok. Anda tahukah bermain bolasepak? MK akui Mk memang tidak tahu bermain bolasepak. Tapi MK rakyat Malaysia dan MK tahu pemain-pemain dah lakukan setakat yang termampu.
Friday, October 8, 2010
Malayan Kicko muncul ketika mereka beredar
Kepada pengunjung, sila berikan sokongan anda kepada kami sama ada setia mengunjung laman ini, menghantar artikel melalui emel kami, dan lain-lain. Kami amat hargai kerjasama anda. Bersamalah kita mengembalikan kegemilangan negara kita. Kitalah yang mencoraknya dan kitalah yang menjatuhkannya.Cukup itu cukup. Jangan kita biarkan negara kita terus dihina. Kerana Malaysia adalah negara yang berkuasa. Sembah salam dari kami Malayan Kicko.
Sukan Asia 2010: Malaysia Dalam Kumpulan Maut

Thursday, October 7, 2010
piala Malaysia 2010: ATM beraksi baik berbanding Johor FC
Keduanya aksi yang dipamerkan sangat mantap. Mereka menguasai sebahagian besar perlawanan. Hanya disebabkan kesilapan kecil barisan pertahanan mereka terlepas satu gol di separuh masa pertama. Mereka cuba bangkit. Permainan yang dipamerkan laju. Cuma masih ada sikap menahan bola kemudian berundur 2,3 langkah ke belakang lalu menendang bola. Inilah sikap yang mmenjadikan permainan perlahan dan sangat tidak bermutu. Tapi ATM berhak dipuji. Pasukan kelab yang hampir2 memalukan Johor FC.
Walaubagaimanapun, ATM boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia kerana mereka gagal untuk terus ke suku akhir. Apa-apapun tahniah buat pemain-pemain ATM yang menentang habis-habisan sehingga bergegar palang gol di saat-sat akhir yang hampir-hampir menjadikan keputusan seri 2-2.
Piala Malaysia 6/10/10 (keputusan)
SELEPAS Selangor, kini giliran Negeri Sembilan mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia hasil kejayaan menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.
Namun saingan bagi merebut satu lagi slot ke suku akhir bagi Kumpulan A kembali terbuka setelah Kelantan membelasah PKNS 4-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Negeri Sembilan kini mengumpul 11 mata diikuti Kelantan (8) dan PKNS (6) manakala KL Plus sudah tersingkir dengan hanya dua mata.
Bagi saingan Kumpulan B, Terengganu kembali menghidupkan peluang ke suku akhir setelah membenam Sabah 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah manakala Pahang menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Cheras.
Pahang merampas tangga teratas dengan sembilan mata diikuti Sabah (8) dan Terengganu (7) manakala Kuala Lumpur tersingkir selepas hanya mengumpul empat mata.
Kumpulan C pula menyaksikan saingan kembali terbuka selepas Perak menewaskan Kedah 1-0 di Ipoh sementara Johor FC kekal di tangga teratas selepas menewaskan ATM 2-1 di Pasir Gudang.
Johor FC mendahului dengan sembilan mata diikuti Perak (7) dan Kedah (6) manakala ATM tersingkir dengan memungut tiga mata.
Sementara itu, Perlis mencerahkan peluang untuk mengiringi Selangor ke suku akhir setelah menewaskan T-Team 4-1 di Kangar manakala Selangor sah menjadi juara Kumpulan D dengan membenam Felda United 4-1 di Shah Alam.
Selangor yang mengumpul 15 mata maksimum tidak mampu dipintas lagi oleh Perlis (9) dan T-Team (6) manakala Felda United gagal memungut sebarang mata.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bakal berlangsung Sabtu ini.
sumber= Harian Kosmo