perlawanan tumpuan malam ini, MK nk bercakap tentang pertemuan Kedah menentang Kelantan. Bersediakah Kelantan menghadapi Kedah? MK yakin perlwanan akan menjadi amat menarik pada malam ini. Kedah pastinya tidak mahu tewas memandangkan mereka amat terdesak untuk menarik minat peminat-peminat mereka kembali. Kelantan pula sudah tentu akan bermain mati-matian untuk menewaskan Kedah. Lebih2 lagi sikap B. Sathianathan yang ibarat perempuan "period", pastinya akan menjadikan setiap pemain Kelantan tidak senang duduk. Dengar khabarnya, sekali Sathianathan mengamuk, pasti tidak tidur malam. Haha. Jangan marah ye B.sathianathan.
Bagaimanapun kelebihan memihak kepada Selangor kerana mereka akan menentang pasukan Pahang.Tapi harus diingat, mereka ketiadaan Hardi Jaafar dan Safee Sali. Kesannya kita dapt lihat sendiri, mereka gagal menang besar ke atas KL Plus walaupun bermain di gelanggang keramat mereka. Diharapkan kehadiran semula makhluk yang telah memalukan Van De Sar(penjaga gol Man U kot), Amri Yahyah dapat mengekalkan momentum kemenangan Selangor. Apa2 pun MK yakin sentuhan penyerang kesayangan peminat2 selangor(hehehehe), Liew Kit Kong boleh menjaringkan gol untuk Selangor.
p/s : MK mohon maaf kalau ada kata2 yang menyakitkan tapi ianya ikhlas untuk memeriahkan dan memajukan bolasepak Negara.. MK sayang giler ah kat Bolasepak Malaysia!!!!
No comments:
Post a Comment