makluman kepada semua

kepada sesiapa yang ada maklumat tentang pemain-pemain bolasepak dalam negara, sila hantar kepada kami di malayankicko@gmail.com
tidak kiralah gosip, perangai pemain atau apa sahaja. kerjasama anda dihargai.

Wednesday, May 19, 2010

Malayan Kicko Di stadium PBKL Sebentar Tadi

sebentar tadi MK berada di Stadium PBKL Bandar Tun Razak untuk menonton aksi Kuala Lumpur menentang Selangor. Keputusannya, Selangor 4-2 Kuala Lumpur.
Bagi MK, penyokong masih belum ramai tetapi ada peningkatan untuk pasukan Selangor mahupun Kuala Lumpur. Permainan bermula agak lembab. Tidak hairanla MK pon menguap. Ianya disebabkan keadaan padang yang amat licin.. Ramai pemain yang berlari tergelincir.. Padahal lari je pon, bukannya sambil bawa bola..
Bagaimanapun, permainan makin menarik di minit2 akhir separuh masa pertama. Bermulanya separuh masa kedua, permainan semakin pantas. Kedua2 pasukan saling mengasak. Kalaula dari awal mereka bermain seperti separuh masa kedua, peminat pasti puas ati
Bercakap pasal peminat, apa yang MK lihat, penyokong Selangor asyik menghentam, mengejek dan memerli Liew Kit Kong. MK rasa kesian pon ada. MK yakin die pon dengar suara2 mengutuk dirinya. Dia dah cuba yang terbaik sebenarnya cuma bagilah dia sedikit masa utk buat come back.
Apa2 pon MK puas ati dengan stadium PBKL. Kanak2 xperlu tiket, boleh masuk percuma. Kan bagus klu mcm ni.. tiket pon murah, kanak2 pulak free. Barulah meriah stadium ni walaupun xbest mane permainannya.
Kesimpulannya, seronok sebenarnya berada dalam stadium ni. Serius, MK xtipu.. memang best. Suka duka bersama ramai2. Jadi, marilah kita semua ke stadium sabtu ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails