makluman kepada semua

kepada sesiapa yang ada maklumat tentang pemain-pemain bolasepak dalam negara, sila hantar kepada kami di malayankicko@gmail.com
tidak kiralah gosip, perangai pemain atau apa sahaja. kerjasama anda dihargai.

Sunday, May 30, 2010

wan jamak masih berang dengan penyokong

MK tertarik nak bercakap tentang Wan Jamak yang kesal dengan sikap penyokong Negeri Sembilan kerana hanya menyokong Negeri Sembilan ketika mereka berada di puncak sahaja. hakikat yang sebenarnye yang perlu wan jamak terima adalah, penyokong Negeri Sembila tidaklah seramai mana pun . Kite lihat dalam aksi final Piala FA,penyokong Kelantan jauh lebih ramai. Itu final tapi sekrang ini adalah liga super ditambah dengan kemerosotan. Sememangnya akan berkuranganlah bilangan penonton.
Di Malaysia,memang diakui penonton selalu bersikap demikian. Stadium selalu kosong bile pasukan yang mereka sokong kalah. Berbeza dengan di eropah, walaupun pasukan mereka jatuh, merke tetap berada dibelakang. Ianya adalah kerana mereka cume menyokong satu2nya pasukan kesayangan mereka. Malangnya di Malaysia, penyokong dipengaruhi dengan siaran2 langsung yg dibawa oleh syrikat tv swasta. Ianya telah menjadi sejarah kemerosotan. Sebaik sahaja kehadiran siaran langsung dan gejala rasuah bolasepak besar-besaran yang berlaku beberapa dekad yang lalu, bolasepak kite hancur dan terus hancur.
Mujurlah pada hari ini, liga Malaysia semakin baik cume dr segi sokongan peminat, kite masih gagal cari jalan penyelesaian bagaimana nk jadikan EPL sebagai kelas kedua dan Liga Super Malaysia sebagai kelas pertama

Pasukan-pasukan dalam Malaysia perlu berubah

pasukan-pasukan dalam Malaysia perlu berubah untuk menjadi pasukan terbaik Asia. Apa yang MK lihat, pemain-pemain Malaysia tidak menghadapi latihan secara professional. Ianya dapat dilihat melalui tubuh badan mereka. Ramai yang masih mengalami masalah perut BUNCIT. Sedangkan sekiranya ,mereka betul2 fokus kepada bolasepak sahaja, sudah pasti lemak2 yang ada di perut hilang.
MK nk bawak semua kenang kembali Harimau Muda A yang berada di slovakia. Mereka menghadapi latihan yang professional di sana. Lihat tubuh mereka. Ada antara mereka mmg buncit ketika bermain di sini, tapi bila mereka berada di sana, tubuh mereka berubah.

Selangor terus ke hadapan

Selangor membuktikan bahawa walaupun mereka bermain tanpa kehadiran Safee Sali, Hardi Jaafar, dan Razman Roslan, mereka tetap mampu menang dengan keputusan yang agak baik.
Percaturan K devan nampaknya menjadi walaupun terpaksa menggunakan walkie talkie untuk berhubung dengan pembatu jurulatih.
MK yakin Selangor mampu terus menguasai liga kerana lawan mereka selepas ini adalah antara pasukan yang boleh dikatakan lemah iaitu johor, dan perak. Cume pada 13Julai nanti perlawanan tumpuan rakyat Malaysia adalah ke arah Selangor dan Kelantan.
pastinya perlwanan ini akan menentukan prestasi Kelantan untuk perlawanan seterusnya. Sekiranya mereka gagal menewaskan Selangor, sudah pasti mereka akan mengalami kekecewaan yang akan menggangu mereka untuk perlwanan seterusnya dalam liga.

keputusan penuh 29 mei 2010

Selangor 2-0 Perlis

Pulau Pinang 1-3 Kelantan

KL Plus 1-2 Pahang

T Team 2-2 Kedah

Johor FC 1-0 Perak

Negeri Sembilan 3-1 johor

Kuala Lumpur 1-1 Terengganu

Friday, May 28, 2010

kecoh Real Madrid nk lwan Msia

hahahaha. MK nk gelak pon ada.. Real Madrid ni btul ke nk lwan Malaysia? klu btul bak datangla.. Kompem Malaysia lawan habis-habisan. MK bkn nak cite lebat tapi habuk pon xde.. itu kenyataan. Ingat sume!! Malaysia skrg bukan mcm dulu lagi. Dlu kite pasukan belasahan. Sekarang dh berubah.
MK harap, penyerang2 sensasi seperti Idlan Talaha, Safee Sali diberi keutamaan klu betul pon Real Madrid dtg. Jangan dilupa pemain yang sentiasa rajin di padang iaitu Amri Yahyah.
Pape pon MK nak lihat penonton yang dtg ke stadium pakai baju Malaysia. bukannya pakai baju putih (real madrid). Kita patot sokong negara kita sendiri. Sedarlah asal usul kita. Peace!!!!

jadual 29 mei 2010

Selangor vs Perlis (Shah Alam)
Negeri Sembilan vs Johor (Seremban)
Kuala Lumpur vs Terengganu(KL)
KL Plus vs Pahang(KL)
Pulau Pinang vs Kelantan
T Team vs Kedah
Johor FC vs Perak

Tuesday, May 25, 2010

perlawanan tumpuan malam ini 25 mei 2010

perlawanan tumpuan malam ini, MK nk bercakap tentang pertemuan Kedah menentang Kelantan. Bersediakah Kelantan menghadapi Kedah? MK yakin perlwanan akan menjadi amat menarik pada malam ini. Kedah pastinya tidak mahu tewas memandangkan mereka amat terdesak untuk menarik minat peminat-peminat mereka kembali. Kelantan pula sudah tentu akan bermain mati-matian untuk menewaskan Kedah. Lebih2 lagi sikap B. Sathianathan yang ibarat perempuan "period", pastinya akan menjadikan setiap pemain Kelantan tidak senang duduk. Dengar khabarnya, sekali Sathianathan mengamuk, pasti tidak tidur malam. Haha. Jangan marah ye B.sathianathan.
Bagaimanapun kelebihan memihak kepada Selangor kerana mereka akan menentang pasukan Pahang.Tapi harus diingat, mereka ketiadaan Hardi Jaafar dan Safee Sali. Kesannya kita dapt lihat sendiri, mereka gagal menang besar ke atas KL Plus walaupun bermain di gelanggang keramat mereka. Diharapkan kehadiran semula makhluk yang telah memalukan Van De Sar(penjaga gol Man U kot), Amri Yahyah dapat mengekalkan momentum kemenangan Selangor. Apa2 pun MK yakin sentuhan penyerang kesayangan peminat2 selangor(hehehehe), Liew Kit Kong boleh menjaringkan gol untuk Selangor.

p/s : MK mohon maaf kalau ada kata2 yang menyakitkan tapi ianya ikhlas untuk memeriahkan dan memajukan bolasepak Negara.. MK sayang giler ah kat Bolasepak Malaysia!!!!

Sunday, May 23, 2010

Kesan radio internet kafa dan kafenya

Wah. setelah 2 tahun berada dalam tahap kemuncak pasukan Kelantan, mereka menambah lagi perasaan cemburu pasukan negeri lain dengan menubuhkan kafe mereka sendiri dan radio internet utk pasukan mereka. MK menhucapkan syabas kepada Tan Sri Annuar Musa dengan kejayaannya beliau membimbing pasukan serta menjadikan pasukan Kelantan sebagai suatu sumber perniagaan. MK tetap berpuas hati dengan perkembangan pengurusan pasukan Kelantan.
Bagaimanapun, sesuai sebagai sebuah pasukan antara yang terbaik di Malaysia pada musim ini, perniagaan itu penting bagi menjamin taraf pasukan Kelantan. Selain itu, MK tertarik untuk menyatakan tentang bolasepak Selangor yang pada tahun lepas, setelah MB Khalid Ibrahim naik sebagai Orang tinggi dalam bolasepak, beliu ada menyebut untuk jadikan Selangor sebagai sebuah sumber perniagaan. Tapi sekarang habuk pun xda. Bukan MK nk bercakap pasal politik, cuma MK mahu bolasepak untuk pasukan2 ternama Malaysia buat sesuatu untuk dapat banyak duit. Janganla pandai cakap je.
Pasukan2 lain juga perlu berbuat seperti Kelantan yang mewujudkan banyak peluang2 untuk medapatkan duit dengan bolasepak. Pasukan seperti Terengganu, Negeri sembilan, Perak dan lain2 yang berpotensi perlulah wujudkan banyak peluang2 untuk dapatkan sumber kewangan yang kukuh.

Kafe, radio internet KAFA

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadikan pasukan itu sebagai salah satu jenama sukan tanah air apabila membuka kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM).

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.

“Kafe ini akan dijadikan sebagai tempat untuk peminat bola sepak berkumpul, malah di sini juga pelbagai cenderamata pasukan The Red Warriors akan dijual.

“Selain itu, dengan adanya radio rasmi ini, peminat The Red Warriors di seluruh dunia dapat mengetahui perkembangan semasa pasukan dan mengikuti setiap perlawanan secara langsung,” katanya.

Upacara perasmian TRWS dan TRW.FM telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

TRWS dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.

Sementara itu, Shabery ketika berucap berkata, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdiri di kaki sendiri.

“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan.

“Malah, mereka mampu membuka sebuah gedung yang menjual pelbagai jenis barangan sukan kepada peminat mereka,” katanya.

Jelas beliau, situasi tersebut masih belum dapat dilihat di negara ini apabila mana-mana pasukan bola sepak selalunya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan untuk menjayakan operasi mereka.

Sehubungan itu, beliau percaya sekiranya peminat sukan tanah air memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan mereka, satu transformasi untuk menjadikan bola sepak sebagai industri akan dapat dilihat dalam sedikit masa lagi.

“Bagi penyokong di luar negara, mereka akan membeli barang asli yang dikeluarkan oleh pasukan kerana bagi mereka ini adalah satu cara untuk memberi sokongan.

“Akhirnya, kelab mampu membina stadium sendiri malah mereka juga membayar cukai kepada kerajaan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata,” tegas beliau.

sumber = http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm

keputusan 22 Mei 2010

Selangor 2-1 KL plus
Kelantan 2-1 Perlis
Negeri Sembilan 1-2 Kuala Lumpur
Perak 2-0 Johor
Pulau Pinang 1-5 Terengganu
T Team 1-1 Pahang

Friday, May 21, 2010

jadual 22 mei 2010

Selangor vs KL Plus

Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur

Kelantan vs Perlis

Perak vs Johor

Pulau Pinang vs Terengganu

T Team vs Pahang

FAM halang Khalid Jamlus sertai T-TEAM

FAM buat kerja atau tidak? Mereka memberi alasan bahawa Khalid Jamlus telah didaftar bermain untuk ATM. Tapi kontraknya telah pun tamat. Dan peraturan klab menyatakan pemain boleh menyertai mana2 pasukan selepas kontrak tamat.
Adakah FAM malas nak semak data2 mengenai Khalid Jamlus sehingga mereka terlepas pandang bahawa Khalid sudah boleh bermain untuk klab lain? Yelakan FAM ni kadang2 ego tinggi. Bila dah wat statement khalid xboleh bermain, takkanla mereka nak tarik balikkan.. Nanti yang buruk nama mereka jugak.
Atau mereka ni anti dengan khalid??? haha. yang tu MK xtaw la.. Untuk pengetahuan umu yang mane dok sibuk dgn EPL pejadahnya sampai xkenal bintang2 Malaysia ni, Khalid Jamlus merupakan seorang penyerang yang boleh dikatakan terbaik. Cuma ruang tidak diberikan kepadanya untuk teruskn kariernya. Dia pernah gemilang bersama skuad Malaysia kendalian Allan Haris, bersama pasukan Perak, Selangor dan lain2. Khalid jamlus juga pernah hampir2 terbang ke Eropah.
Kepada Khalid Jamlus, besabarlah. MK akan cuba support anda.

Devan, Hardi, Safee,Razman digantung FAM

Merujuk kepada Utusan Malaysia, FAM telah menggantung K. Devan jurulatih Selangor, Hardi Jaafar, Safee Sali, dan Razman Roslan kerana mereka bertekak dengan penjaga garisan dan komisioner perlawanan.
Ini satu berita panas yang mungkin menyakitkan hati penyokong Selangor. Xpe, biar MK bg komen utk FAM. Persoalannya, siapa yang menyebabkan berlaku ketegangan seperti itu? Semestinya 3 orang penting dalam padang dan tepi padang yang memakai pakaian serba hitam..
Itulah yang sangat memelikkan, pemain selangor yang berada jauh pon boleh nampak bola terkena tangan Shukor Adan, inikan 3 orang yang kononnya adil xnampak. Adakah mereka tidak nampak atau buat2 tidak nampak??
Seterusnya FAM taknak pulak memohon maaf kepada penyokong Selangor. Mereka yang terlibat pon buat2 xbersalah selepas permainan. Mereka tidak muncul pon depan TV utk memohon maaf kepada penyokong2 Selangor. Hai, dah wat salah, dah ada bukti, xkan xtaw nk mohon maaf.
Kalau bagi mana2 jurulatih pon mereka pasti berang. Perkataan bangang, bahalul, bodoh, mesti keluarla. Bagi MK, ianya amat tidak adil. Kalau btulpon nk hukum mereka yang terlibat, 3 orang pengadil dan penjaga garisan perlu memhon maaf secara terbuka kepada penyokong2 selangor.

Wednesday, May 19, 2010

Malayan Kicko Di stadium PBKL Sebentar Tadi

sebentar tadi MK berada di Stadium PBKL Bandar Tun Razak untuk menonton aksi Kuala Lumpur menentang Selangor. Keputusannya, Selangor 4-2 Kuala Lumpur.
Bagi MK, penyokong masih belum ramai tetapi ada peningkatan untuk pasukan Selangor mahupun Kuala Lumpur. Permainan bermula agak lembab. Tidak hairanla MK pon menguap. Ianya disebabkan keadaan padang yang amat licin.. Ramai pemain yang berlari tergelincir.. Padahal lari je pon, bukannya sambil bawa bola..
Bagaimanapun, permainan makin menarik di minit2 akhir separuh masa pertama. Bermulanya separuh masa kedua, permainan semakin pantas. Kedua2 pasukan saling mengasak. Kalaula dari awal mereka bermain seperti separuh masa kedua, peminat pasti puas ati
Bercakap pasal peminat, apa yang MK lihat, penyokong Selangor asyik menghentam, mengejek dan memerli Liew Kit Kong. MK rasa kesian pon ada. MK yakin die pon dengar suara2 mengutuk dirinya. Dia dah cuba yang terbaik sebenarnya cuma bagilah dia sedikit masa utk buat come back.
Apa2 pon MK puas ati dengan stadium PBKL. Kanak2 xperlu tiket, boleh masuk percuma. Kan bagus klu mcm ni.. tiket pon murah, kanak2 pulak free. Barulah meriah stadium ni walaupun xbest mane permainannya.
Kesimpulannya, seronok sebenarnya berada dalam stadium ni. Serius, MK xtipu.. memang best. Suka duka bersama ramai2. Jadi, marilah kita semua ke stadium sabtu ni.

Monday, May 17, 2010

untuk rakyat malaysia

MK heran btul dgn sikap rakyat Malaysia. sampai bile kita nk sokong chelsea, man u pejadah 2 sume lebih dr liga kita sndiri?? fikirkanlah.. penyokong fanatik kelab inggeris pon hanya sekadar "penyokong".. Apakah Ferguson hargai sokongan anda?? Rooney berterima kasihkah kepada anda?? mase chelsea menang piala pe tah baru2 ni. ade dia sebut "kepada penyokong kami di Malaysia, terima kasih banyak2.. Kami syang anda!!".. Ada ke????

Mereka buat semua itu untuk duit semata-mata.. Ingatlah.. kite boleh je nk minat mereka tapi jgnla sampi menjadikan negra kita ni kelas kedua.. Lihat Indonesia, walaupon mereka tidak sehebat mana, penyokong mereka tetap setia kepada mereka..

Ya, mmg ada pasukan yang stadium mereka sntiasa penuh seperti Kelantan. Tapi anda harus ingat, kelantan bari kali ke 2 beraksi dalam liga super atau piala2 utama. Mereka masih dianggap baru dari segi profesiional.. Jika disamakan dengan Selangor,penyokong mereka ketika dulu amatlah ramai. Tapi dari setahun ke setahun, penyokong mereka berkurang sedangkan mereka masih terajui liga. Mungkin ia disebabkan oleh selangor sudah selalu sangat beraksi cemerlang sampaikan peminat berfikiran "ala.. kalu kita x pegi stadium pon team sgor mesti menang juga".. MK yakin perkara seperti ini boleh berlaku kepada mana2 penyokong negeri lain seperti Kelantan.

Ingatlah, kita mampu mngubah nasib bolasepak kita. Kalau nak harapkan pemain sahaja xguna. Kita mungkin kecewa pemain kita hampeh tapi jangan lupa, kita ni pandai ke main bola?? kalau pandai pegi ar main.. Wat pe cakap besar je. Bebel je lebih..

Jadi, marilah kita sama2 ke stadium.. InsyaAllah kita boleh menjayakan bolasepak negara..

jadual perlawanan 18 mei 2010


Sunday, May 16, 2010

selangor 4-2 NS (komen MK)

  1. Negeri Sembilan kalah lagi. Ini sekali lagi menidakkan kelayakan mereka untuk menjuarai Piala FA yang lepas. Dan semakin jelas ramai lagi pengkiritik sukan berpendapat mereka ke final atas nasib sahaja.
  2. Mereka mendahului 2-0 di awal permainan. Tapi apa yang berlaku? Mereka melepaskan 4 gol. Ianya memang sukar diterima oleh peminat Negeri Sembilan sendiri. MK teringat kata-kata pengurus pasukan NS ketika menjuarai Piala FA yang lepas bahawa pasukannya adalah kuasa baru bolasepak Malaysia. Apakah benar? sedarkah beliau bahawa sebenarnya NS bermain hambar??
  3. SElangor pula tidak perlu diperkenalkan. Mereka sebuah pasukan yang sangat digeruni oleh bayak pasukan. Kelantan juga belum pernah tumpaskan Selangor walaupun bermain di tempat sendiri. Selangor memiliki sebuah pasukan yang lengkap. Mereka memiliki bayak penjaring gol. Tidak hairanlah sekiranya pemain selangor tidak dapat menjadi penjarig gol terbanyak liga kerana setiap dalam pasukan itu, ramai sangat penjaring gol untuk selangor. Tidak seperti pasukan lain yang penjaring golnya tertumpu kepada beberapa pemain sahaja.
  4. Bagaimanapun mereka ketinggalan pada awal permainan. Seperti biasalah, mereka akan mula bermain baik hanya selepas ketinggalan. Ini sering berlaku sejak 2007 lagi.
  5. Bagaimanapun syabas buat Selangor yang belum pernah seri dan tumpas di Stadium Shah Alam. Kemenangan ke atas NS membuktikan bahawa Mereka jauh lebih layak ke final Piala FA yg lepas.

Kelantan Vs Terengganu (komen MK)

  1. Ianya satu pertemuan yang boleh dikatakan kelas terbaik. Kita dapat lihat permainan pantas oleh kedua2 pasukan. Ini menjadikan perlawanan nampak cantik.
  2. Bagaimanapun Kelantan memiliki kelebihan yang tersendiri. Mereka bermain di hadapan peminat fanatik mereka dan ini memberikan mereka semangat yang lebih utk menyerang dan terus menyerang.
  3. MK berpendapat, jurulatih B.Sathianathan menguasai mental pemian2 Kelantan. Mungkin dia terlalu tegas sehinggakan pemain mengikut arahan dia dgn sempurna. Dan pemain juga memiliki sifat yang sangat berani seakan-akan mahu mengamuk setiap kali mturun padang. Ini disebabkan Satia sering mengamuk kepada pemain dan pemain pula lepaskan kepada lawan.
  4. Bagi pasukan Terengganu pula, mereka seakan-akan sudah hilang konsisten mereka miliki selama ini. Bukannya mereka tidak menyerang, tapi mereka gugup didepan pintu gol. Mereka seakan-akan tidak ada idea untuk melepaskan tendangan-tendangan mereka.
  5. MK yakin Saudara Irfan Bakti akan mengubah skil permainan anak buahnya dalam perlawan yang seterusya.

keputusan liga super 18mei2010

Selangor 4-0 Negeri Sembilan

Kelantan 3-0 Terengganu

Johor FC 2-1 Perlis

Kedah 1-0 Johor

Pulau Pinang 0-4 KL Plus

T Team 1-0 Kuala Lumpur

Saturday, May 15, 2010

jom sertai MK

jom sertai Malayan Kicko meriahkan liga super Malaysia. Kita gegarkan stadium di kawasan masing-masing. Apa Barang layan EPL..

perak 2-0 pahang

malam tadi berlangsungnya satu-satunya perlwanan liga super di mana perak menentang pahang di stadium Ipoh perak. Di sini beberapa komen dari krew malayan kicko, penonton tidak ramai. Malah boleh diertikan sebagai hampir kosong. Mungkin di sebab kan oleh ramai yang fokus kepada Thomas Cup dan Hoki Piala Sultan Azlan Syah.

2. mutu permainan. Bagi Malayan Kicko(MK), permainan pada separuh masa pertama agak membosankan. Perak menguasai permainan tapi apabila sampai sahaja di bahagian gol, mereka seakan-akan tidak tahu apa yang pperlu dilakukan. Apa fungsi Striker sebenarnya? Mereka sering lambat bertindak apabila mendapat bola. Masih ingin menyimpan bola terlalu lama, kalau terlalu handal tu tidak mengapalah. Maafla kalau agak kasar ye.

3. Perlahan. Itulah yang boleh diungkapkan. Di Malaysia, kita sering dapat tonton aksi pantas bila perlawanan final sahaja. Itupun pada thn lepas. Piala FA thn ni antara kedah dan Negeri sembilan pon hancur. Bukan apa, memang tidak adillah kalau kite nak samakan dengan EPL. Tapi masalahnya di Malaysia, kebanyakan pemain adalah malas.. buktinya, dalam satu2 perlawanan, mereka malas kejar bola. itu yang jelas. selepas passing bola kepada rakan, mereka berjalan shj. apa salahnya berlari. Sekiranya kita imbas kembali Manchester Utd vs Malaysia, Amri yahyah berjaya hasilkan 2 gol yang memalukan Van de Sar sebab beliau rajin. Tak henti2 dan jemu2 kejar bola. Di mana bola berada. di situ mesti ada dia. Kalaulah semua pemain ada sifat seperti ini sudah tentu permainan akan jadi pantas dan cantik seperti bepuluh thn dulu. fikirkanlah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails