makluman kepada semua

kepada sesiapa yang ada maklumat tentang pemain-pemain bolasepak dalam negara, sila hantar kepada kami di malayankicko@gmail.com
tidak kiralah gosip, perangai pemain atau apa sahaja. kerjasama anda dihargai.

Tuesday, December 28, 2010

NYAWA PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA DALAM BAHAYA. FAM WAJIB DESAK UBAH LOKASI.


tengok gambar kat atas ni. penyokong indon laser mengamuk semalam pasal tak dapat tiket bola untuk menyaksikan perlawanan akhir timbal balik rabu ni..

sekarang keadaan makin haru biru.

aku bimbang akan nyawa pemain bolasepak malaysia. kalau stadium ni dorang boleh panjat dan rempuh lalu masuk padang, apa jaminan pemain-pemain malaysia tidak diapa-apa kan ?

FAM TOLONG GUNA OTAK. DESAK AFF DAN FIFA ADAKAN PERLAWAN DI STADIUM NEGARA LAIN, CONTOH SINGAPURA.

apa FAM lupa ke insiden di hongkong tidak lama dulu. penyokong nepal mengganas dan belasah semua player malaysia atas padang ?? siap ada player malaysia yang kena libas dengan tali pinggang penyokong.

SEINGAT AKU LAH, COACH WAKTU ITU HATEM SOUSSI.

mohon kerjasama bloger keluarkan kenyataan. desak FAM minta AFF dan FIFA adakan perlawanan di stadium lain...

ini penyokong indon mana ada otak.

Monday, December 27, 2010

Suzuki AFF Cup 2010 - Rasa geli hati melihat penyokong Indonesia

Berhubung kekalahan memalukan Indonesia kepada Malaya, mereka tidak henti-henti mencetuskan provokasi di dunia siber mahupun melalui media-media mereka. Apa yang menggelikan hati penulis di sini, sikap penyokong mereka yang xdapar terima kekalahan.

kahkahkah
mereka kalah, mereka diarah balik penyokong Malaysia di Bukit Jalil. Laungan "balik!!! balik!!! balik!!! " kedengaran.
kahkahkah

Yang Bestnye tu.. Dorang macam hamba, jene arah balik, sorang2 pon balik.
kahkahkah

Markus horison (penjaga gol indon) xhenti2 menggedik di dalam padang. Kene usik sikit dengan laser trus gelabah jumpe referee.. Sharbinee dulu kt gelora bung karno kene sulu laser, xmati pon...

kahkahkah

Yang bestnyer dorang kutuk plak lagu negaraku.. Persoalannya.. sedap ke lagu korang? lbih kurang bunyi kucing beranak je..

kahkahkah

Stadium gelora bung karno xmampu tandingi Bukit Jalil. Yela.. stadium dhla kecik. buruk plak tu.. Lepas tu berebut2 nk beli tiket. Lepas tu xde tiket. Lepas tu mengamuk. Kononnya nasionalisma tinggi. Rupanya penyokong mereka lebih "sampah" dari yang dibayangkan.

kahkahkah

Balik kepada penjaga gol.. punyala menggedik kat Referee, lastly bolos jugak 3 gol. Markus botak kene lanyak baik punyer dengan budak2 malaya. Botak oh Botak..

kahkahkah

Alfred Ridle lagila kelakar. Tak bagi media kacau pemain.. Kononnya takut ganggu kosentrasi pemain. Bila dah kalah, dia salahkan pulak media yang mengganggu pemain. Aik?? Bukan media xkacau ke sebab coachnya xbagi? Alfred ni penipu rupanya...

kahkahkah

Media indon terdesak nak cari pembeli akhbar. Lalu disiarkan muka depan surat khabar mereka, "Indon kalah sebab kena pancaran laser" . Macam ayat budak2 sekolah.. Bile kalah benda kecik yang disalahkan. Dah tak reti main bola, ngaku jelah.

kahkahkah

AFF SUZUKI CUP 2010= Malaysia Separuh kaki Untuk Dakap Piala.

tidak ada apa yang lebih membanggakan apabila jutaan rakyat Malaysia bersorak gembira selepas menyaksikan Indonesia dibelasah 3-0 malam tadi.. Gol dijaringkan oleh SAFEE SALI dan ASHAARI cukup untuk memalukan Indonesia yang datang dengan penuh berlagak kononnya bintang import mereka adalah terbaik. Tapi, mereka sebenarnye menabur pasir dan rang ke muka sendiri. Bayangkanlah, negara yang menggunakan import kemudian menjadi kebanggaan rakyat negara tersebut yang kononnya bersikap nasionalisma dimalukan oleh rakyat tempatan Malaysia + anak muda bawah 23thn.. Tidakkah anda berasa malu wahai Indonesia?
Pada malam tadi juga menyaksikan penjaga gol Indon, Markus Horrison disuluh sinar cahaya laser. Lebih menggedikkan, Markus berlari ke referee untuk meminta beliau hentikan perlawanan.. Sebenarnya bagi pendapat penulis, dia terpaksa berbuat begitu untuk mengalihkan perhatian media negara mereka agar menabur pelbagai hentaman kepada skuad Malaysia sekiranya mereka tewas di Malaysia.
Sebenarnya isu laser ini bermula dari stadium gelora bung karno. Penyokong mereka yang mengajar kita untuk bermain laser. Penyokong mereka mnyuluh sinaran laser berwarna hijau ke muka sharbinee. Sebaik sahaja Malaysia menang semalam, Malaysia diserang oleh blogers2 dr indon yang mengutuk penggunaan laser. Lebh baik mereka mengutuk pasukan mereka sendiri kerana mereka tewas ketika pancaran laser dihentikan.
Tahniah pasukan negara. Teruskan perjuangan anda..

Sunday, December 26, 2010

beberapa jam lagi


tinggal bebrapa jam lagi perlwanan hidup mati pasukan negara akan bermula. Penulis di sini juga tidak senang untuk tidur kerana tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Apa yang penulis harapkan, semangat perjuangan yang tinggi dari pemain dan penyokong tidak henti-henti. Semoga kali ini piala AFF Suzuki menjadi milik MALAYSIA.. Amiiiinnnn

Saturday, December 25, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 - Malaysia lwn Indonesia

Penulis sebenarnya masih terkilan dengan akhbar-akhbar Malaysia. Persoalan yang cuba penuilis bangkitkan di sini mengapa baru hari ini, saat ini, situasi begini, barulah nk penuh ruangan-ruangan akhbar dengan berita tentang bola sepak Malaysia. Janganla bersikap pentingkan diri wahai akhbar-akhbar semua.. Kenapa beberapa hari sebelum Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara seperti Korea Selatan, Yemen, dan lain-lain tidak mendapat perhatian? Kenapa nak harapkan Astro Arena sahaja yang buiat liputan? Kenapa tidak heboh2kan kepada umum agar ramai yang memenuhkan stadium?

Penulis yakin sekiranya Malaysia tewas besok, Akhbar-akhbar akan mengutuk, menghina, mengkeji pasukan bolasepak negara.. Itulah akhbar Malaysia sebenarnya.. Cukup2lah akhbar Malaysia menghancurkan imej bolasepak kita di Piala Asia 2008.. Hentikanlah apa yang telah berlaku..

Utusan Malaysia Online - Sukan

Utusan Malaysia Online - Sukan

REBAHKAN GARUDA - utusan




KUALA LUMPUR – Jurulatih negara, K. Rajagobal menggesa anak-anak buahnya menyambar peluang keemasan yang tiba dalam perlawanan akhir pertama bola sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok tanpa perlu menunggu sehingga aksi ulangan di Jakarta.

Hanya kemenangan disasarkan buat mereka menunaikannya walaupun gelanggang sendiri ia tetap bukan satu kelebihan besar apabila menghadapi Indonesia yang baru ‘keluar’ dari medan keramatnya, Gelora Bung Karno, Jakarta.

Cuaca hujan di ibu kota kebelakangan ini turut diharap menyebelahi Harimau Malaya sekali gus mencipta situasi asing dan sukar buat ‘Sang Garuda’ yang diterajui jurulatih dari Austria, Alfred Riedl selain dibarisi seorang pemain kelahiran Uruguay dan berdarah campuran Belanda.

“Tidak banyak menguntungkan kami walaupun bermain perlawanan akhir pertama di gelanggang sendiri tetapi tentu menarik jika dapat melihat aksi ‘sulung’ lawan di luar gelanggangnya,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus pasukan di stadium itu.

Rajagobal menegaskan, tidak banyak bezanya persediaan bagi menghadapi pertembungan penting itu kecuali menekankan bahagian tertentu manakala tumpuan pemain diberikan sepenuhnya.

“Apa yang perlu ditekankan itu rahsia tetapi saya fikir kedua-dua pasukan sudah pasti mengetahui corak permainan masing-masing (sejak berkesudahan Indonesia menang 5-1 dalam Kumpulan A, 1 Disember lalu,” katanya.

Rajagobal turut menyampaikan berita gembira dengan pulihnya sayap kanan, Amirulhadi Zainal daripada kecederaan biarpun dia sudah bersedia dengan menampilkan Ashari Samsudin dalam perlawanan persahabatan dengan Felda United, Rabu lalu.

“Saya lihat keadaannya pagi tadi (semalam) dan dia sudah kembali berlatih dan tampak okey tetapi kita ada dua hari untuk memastikannya dia boleh bermain atau tidak,” katanya yang bagaimanapun mengesahkan Khyril Muhymeen Zambri masih tercedera.

Menyentuh soal harapan, katanya, skuad negara wajar menyambar peluang perlawanan pertama ini dengan meraih kemenangan setelah mereka mampu mara sejauh ini biarpun mengakui, bola sepak tetap sukar diramalkan dan sulit untuk dijamin sesuatu yang positif.

Sementara itu, pengurus pasukan Indonesia, Andi Darussalam menyifatkan pertembungan dua negara tetangga ini sebagai menarik, malah klasik sekalipun sebelum ini hubungan mereka sering disulami pelbagai isu kontroversi.

“Bagi saya, kedua-dua pasukan pasti hanya mahu bertumpu kepada permainan bola sepak dan tidak sesekali akan mencampurkannya dengan isu lain termasuk politik. Sama ada di Kuala Lumpur mahupun Jakarta, sama sahaja dan bukan satu masalah besar.

“Ada beberapa pemain kami pun sudah terbiasa dengan keadaan itu (seperti penyerang, Bambang Pamungkas). Kami juga perlu mencari kelebihan gol di sini,” katanya.

AFF Suzuki Cup 2010- Final

Alhamdulillah.. Malaysia kini berada di final. Penulis memang dah dapat agak dari mula perlwanan pertama berikutan kekalahan Malaysia kepada Indonesia. Sebenarnya inilah pasukan Malaysia. Pasukan yang berjaya menewaskan Malaysia diperingkat kumpulan biasanya akan bertemu kembali Malausia di Final. Seperti yang berlaku di pestabola merdeka dan sukan Sea. Penulis tidaklah meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad Malaysia di final nanti, tapi penulis tahu yang Malaysia akan bermain bermati-matian berikutan ini perlawanan kedua di sini. Teringat di sukan Sea Loas, Vietnam berjaya menewaskan Malaysia dengan penuh bergaya 3-1 di peringkat kumpulan. Tapi malaysia bertemu kembali Vietnam di final dan semamangya di atas kertas ramai yang menjangkakan Vietnam akan membenam Malaysia. Tanggapan itu seratus peratus meleset apabila Malaysia yang menjadi juara sukan sea walaupun bermacam-macam lakonan ditayangkan pemain vietnam ketika itu terutamanya penjaga gol yang xhenti-henti berlakon sakit bg melambatkan masa.
Berbalik kepada perlawanan akhir ahad ini, pemain-pemain Malaysia pasti akan mengamuk. Hal ini didorong dengan rasa dendam yang telah sebati dengan jiwa pemain Malaysia dan semestinya mereka sudah mengerti yang Indonesia tidaklah sekuat mana pada perlawanan peringkat kumpula dulu. Manakan tidak sehinggakan gol pembukaan perlawanan itu milik Malaysia yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha. Akibat kecuaian barisan pertahanan dan kehadiran semula Sharbinee sebagai penjaga gol yang menyebabkan Malaysia pulang hampa.. Hal itu seudah berlalu. Apa yang penulis yakin di sini, Indonesia akan menghadapi tekanan yang cukup tinggi kerana reputasi Malaysia bukanlah calang-calang.. Apa-apapun, selamat berjuang HARIMAU MALAYA.

MALAYAN KICKO KEMBALI

saya sebagai editor blog malayan kicko memohon maaf kerana tidak dapat memberi ulasan tentang bola sepak negara berikutan masalah-masalah yang tidak henti menimpa2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails